Sabtu, 11 Disember 2010

RIADAH

AKTIVITI RIADAH BELIA KG. TOK BALAI.
Pasukan futsal Kg. Tok Balai.






Penjaga gawang.
Gaya macam pengurus.
Pertahanan.
Hisap rokok dulu, tambah tenaga.
Sepak raga bulatan.

Aksi akrobatik.
Kepenatan ke bang?
Menggelecek.








Padang bola sepak Kg. Tok Balai.

Jumaat, 10 Disember 2010

TRAGEDI 10 OKTOBER 2008


TRAGEDI RUMAH PENULIS DIHEMPAP POKOK DURIAN. 
Kini genap dua tahun peristiwa hitam ini berlalu, namun ingatan penulis terhadap peristiwa tersebut tidak pernah padam.Setiap detik penulis akan teringat kejadian yang begitu dahsyat dialami oleh penulis dan keluarga sepanjang hidup di dunia ini.Ini merupakan ujian yang terbesar yang diuji oleh Allah S.W.T. dalam tempoh seminggu, kejadian ini berlaku selepas kematian abang penulis akibat kemalangan jalan raya.Pada hari kejadian berlaku hujan lebat dan angin yang kuat, hingga meneyebabkan sebatang pokok durian milik jiran bergoyang dan tumbang ke arah rumah penulis.Penulis bersama abang, emak, dan dua rakan sempat menyelamatkan diri daripada dihempat pokok durian yang besar itu.Manakala adik penulis hampir bertemu ajal, tetapi nasib baik dahan pokok durian tersebut hinggap di tiang rumah.Seorang lagi abang penulis turut terselamat daripada mangsa pokok tersebut.Pada masa itu dia berada di dalam bilika air sedang mengambil air sembahyang untuk solat asar.
    Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata, rumah yang sebelum ini kukuh berdiri tiba-tiba musnah dan hancur dengan begitu mudah akibat hempakan pokok durian tersebut.Namun, penulis bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana semua mangsa dapat selamat daripada maut.Keadaan menjadi seperti biasa selepas kejadian itu, hujan mulai reda dan angin tiba-tiba tidak bertiup.Akibat bunyi hempakan pokok yang kuat  menyebabkan jiran tetangga, dan orang ramai datang ke rumah penulis untuk menyaksikan kejadian tersebut.Setelah keadaan kembali reda, pasukan bomba dan penyelamat datang ke rumah penulis untuk membersihkan ranting-ranting dan dahan-dahan pokok.Selepas itu, orang ramai menolong memindahkan barang-barang penting ke rumah jiran terdekat buat sementara waktu.Abang penulis pergi ke ibu pejabat polis untuk membuat laporan kejadian tersebut.Semua barang dalam keadaan selamat kecuali motosikal dan basikal mengalami kerosakan yang agak teruk.Selepas kejadian itu, keluarga penulis tinggal di rumah jiran sementara pembinaan semula rumah dilakukan.Duit yang dikumpul hasil sumbangan orang digunakan untuk membina semula rumah yang musnah teruk itu.
        Pembinaan semula mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan.Hasil bantuan daripada kawan-kawan penulis dan beberapa penduduk kampung membolehkan pembinaan semula rumah ini berjalan lancar dan siap dibina dengan cepat.Pembinaan rumah yang cepat, membolehkan keluarga penulis membuat persiapan untuk merayakan hari raya Aidiladha di rumah yang baharu.Barang-barang keluarga penulis yang ditinggalkan di rumah jiran telah dibawa ke tempat asal hasil daripada bantuan kawan-kawan.Selepas beberapa bulan tinggal di rumah baharu, kami mendapat bantuan daripada kerajaan untuk membina rumah.Bahagian depan rumah ditambah kelebarannya dan di bahagian dapur dibina semulan dan dicat.
Keadaan rumah penulis selepas dihempap pokok durian.
 Bahagian atas dan bawah serta atap rosak teruk selepas hempakan.

Bahagian ruang tamu turut mengalami kerosakan yang teruk.
Halaman rumah penuh dengan batang dan ranting pokok durian.
Layar digunakan untuk menggaktikan atap zink buat sementara waktu.
Keadaan rumah penulis selepas hempakan dan proses pembersihan.



PROSES PEMBINAAN SEMULA RUMAH PENULIS

Bahagian tingkap di atas rumah.


Bahagian atas rumah dari arah hadapan.
Bahagian atas dan bawah rumah dari arah belakang.


 Proses membuat bahagian dinding di bahagian atas rumah.
 Bahagian bawah rumah.
Bahagian dapur di belakang rumah dibina semula.
Bahagian dinding yang telah siap dipahat.
Gambar rumah penulis sekarang.
Bahagian dapur yang telah siap dibina.
Bahagian dinding yang belum siap.Atap zink telah siap dipasang.
Bahagian tingkap di atas rumah separuh siap.
Bahagian depan rumah ditambah hasil bantuan kerajaan.
Bahagian pintu semasa di awal pembinaan.
Gambar keseluruhan rumah yang separuh siap dibina.



Khamis, 9 Disember 2010

K.E.B.E.B.A.S.A.N


Semua orang memerlukan kebebasan.
Semua orang tidak mahu dikongkong.
Semua orang tidak mahu disuruh sesuka hati.
 Semua orang tidak suka dikawal.
Semua orang tidak mahu tingkah laku mereka diperhatikan.

 Semua orang mahukan keadilan.
Semua orang mahu mentadbir negara mereka sendiri.
Semua orang tidak mahu jadi kuli dan hamba abdi.
Semua orang mahu ada undang-undang sendiri.
Semua orang mahukan bahasa sendiri.

 Semua orang mahu bebas bersuara.
Semua orang mahu menyampaikan kehendak mereka.
Semua orang mahu mengumpul harta.
Semua orang mahu hidup mewah.
Semua orang tidak mahu jadi seperti katak di bawah tempurung.


 Semua orang mahu belajar.
Semua orang mahu menjadi pandai dan bijak.
Semua orang tidak mahu jadi bodoh dan dungu.
Semua orang mahu mencongak masa hadapan.
Semua orang mahu hidup bahagia dan senang-lenang.

 Semua orang ada cita-cita.
Semua orang ada Impian.
Semua orang ada azam.
Semua orang ada apa yang mereka fikirkan.


  Semua orang ada kebebasan.
Kebebasan bermula segala-segalanya.
Kebebasan seseorang individu berbeza dengan individu lain.
Apakah kebebasan yang sebenarnya?
Bebaskah kita selepas MERDEKA selama 53 tahun?
Bebaskah seekor burung selepas keluar daripada penjara manusia?


Bebaskah kita berjalan ke sana ke sini?
Bebaskah burung-burung berterbangan  di udara?
Bebaskah fikiran kita?
Bebaskah akal kita?
Sama-samalah kita fikir tentang KEBEBASAN.