Rabu, 12 Januari 2011

DUNIA SANA SINI.

 Isu novel Interlok VS  Isu AJL25 VS Isu Fasha Sanda.

  • Kini hangat diperkatakan isu novel Interlok karya sasterawan negara, Abdullah Hussein yang dikatakan telah menimbulkan rasa kurang puas hati dalam kalangan masyrakat India di negara ini, hingga ada pihak tertentu mendesak kerajaan menarik balik daripada menjadi sukatan sastera untuk sekolah.Menurut bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, walaupun beliau belum membaca, tetapi diyakini ia mempunyai nilai akademik yang patut dihormati kerana ia ditulis oleh Sasterawan Negara."Kita boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan pemilihannya sebagai sukatan sastera untuk sekolah, tetapi membakar ilmu ilmiah atau sastera adalah kerja manusia tidak bertamadun sahaja.Sesebuah buku atau akhbar atau majalah boleh dibakar, jika ia sarat dengan kepalsuan, kebohongan dan fitnah, kerana bahan tersebut tidak bernilai untuk kehidupan manusia.
  • Berbeza pula dengan AJL25, ramai rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan kemenangan pendatang baru dalam arena hiburan tanah air, Ana Raffali.Bagi mereka lagu "Tolong Ingatkan Daku" tidak layak menjadi juara pada malam tersebut berdasarkan lirik lagu dan penyanyinya yang dianggap 'menguap' ketika menyanyikannya, tetapi, keputusan muktamad di tangan pengadil, penonton perlu berfikir secara waras dan tidak mengikut perasaan sehingga ia menjadi isu besar dalam industri hiburan tanah air.Kata ketua juri, M. Nasir tidak dinafikan bahawa kesemua lagu yang bertanding pada malam itu adalah yang terbaik sehingga menimbulkan kesukaran pihak juri membuat pilihan.Mengulas tentang lagu Tolong Ingatkan Daku, ia mempunyai kekuatan dar segi melodi dan lirik.Ada lagu yang bagus dari segi melodinya,tetapi lemah dari sudut liriknya.Menurut Ana Raffali berkaitan dengan isu tersebut, beliau berkata, setiap orang ada hak masing-masing dan kemenangan yang diraih itu dibuat oleh para juri.
  • Belum habis panas tentang isu AJL25, dunia hiburan dikejutkan pula dengan gambar pelakon popular, Fasha Sanda berbikini dan pario berwarna hijau semasa bercuti di Bali.Bagaimanapun, ketika dihubungi Kosmo! semalam, dia enggan memberikan sebarang komen berhubung dengan isu tersebut dan hanya menjawab melalui SMS, "bahawa saya sibuk sekarang, jika ada kelapangan barulah saya SMS".Hari ini, Fasha menjawab isu tersebut melalui laman Twitter dan mengakui individu di dalam gambar yang hanya memakai bikini itu adalah dirinya.Alasannya, dia mengatakan gambar itu dimuat turun di laman web sosial salah seorang rakannya, Syazwani  sebelum ia tersebar di blog-blog hiburan dan Fasha meminta maaf dan kesal dengan perbuatannya.
    madah, tepuk dada, tanyalah selera.