Sabtu, 8 Oktober 2016

Jatuh Kecewa

   
Gambar Hiasan
  Semasa menanti cabutan nombor bertuah tadi, nombor (baca 006) Mat Korea jatuh sebanyak dua kali di atas lantai. Jatuhan kali pertama di hadapan MK dan jatuhan kali kedua di sebelah kanan MK, tetapi kedua-duanya mendarat pada tempat yang sama, iaitu di atas lantai.
  Jatuhan kali pertama, kawan MK kata "You bertuah nanti, sebab perempuan ambilkan!" Jatuhan kali kedua, MK ulang ayat yang sama kepada rakan sebelah MK, "Bertuah nombor ni sudah dua kali jatuh!" 
  Akhirnya, MK jatuh kecewa. Anggapan itu hanya sia-sia sahaja dan mungkin penyedap hati atau hendak 'Psiko' orang lain.
  Ibrah : Yakin dan percaya setiap REZEKI ditentukan oleh Allah SWT, bukan di tangan makhluk.
Dr. Mat Korea,     
Pencuci 'jambang' blesah.

Rabu, 5 Oktober 2016

TOPENG

MANUSIA GEMAR #BERTOPENG :
1. Memakai topeng #Kejujuran, tetapi dialah berhati #binatang,
2. Memakai topeng #kealiman, tetapi dialah #guntingdalamlipatan
3. Memakai topeng #persaudaraan, tetapi dialah #serigala yang membaham,
4. Ada yang memakai #Topeng...tapi dialah...(sambung sendiri)
Dan amat #memalukan, apabila topeng #disingkap, sebenarnya #wajah kita terlalu #hodoh dan amat #menakutkan.
JANGAN HIDUP #BERTOPENG, JADILAH #DIRISENDIRI!
Ustaz Dr. Mat Korea, Penadah kitab di Blesah.
Gambar Hiasan

Isnin, 3 Oktober 2016

BUBO SURO

     
Bubur Asyura. Kami orang London (baca Kuak Hulu) panggil Bubo Suro. MK masih ingat dulu, masa ikatan masyarakat masih 'kuat' di kampung, setiap kali tiba 10 Muharram, kami akan membuat bubo suro. Kami akan pergi ke setiap rumah untuk mengutip duit untuk membeli barang-barang bubo suro ini.
     Kami juga meminta bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan bubo ini daripada orang tua yang arif dalam pembuatannya dan ditulis pada sehelai kertas supaya tidak lupa dan tidak tertinggal satu barang pun.
     Setelah selesai mengutip duit, kami membeli barang-barang yang diperlukan untuk membuat bubo suro ini. Kami juga menjemput semua penduduk kampung untuk bersama-sama datang bergotong-royong untuk memasak bubo suro ini. Kami bergilir-gilir mengacau bubo suro ini sampailah masak dan mengeras. Dan di situlah kami generasi muda mempelajari cara pembuatan bubo suro ini.
     Setelah siap, kami geng muda membungkus dan mengagihkan bubo suro ini kepada para penduduk kampung. Dan setiap isi rumah akan dapat merasanya.
     Seingat MK kali terakhir MK terlibat dalam pembuatan bubo suro ini adalah pada tahun 2006 lalu, kira-kira 10 tahun yang lalu dan ketika itu MK masih di bangku sekolah. In Sya Allah, kalau ada masa dan ruang akan cuba mengembalikan semula aktiviti ini di kampung.

 BUBO SURO, 02.10.16M, Bkt.Lima Timur 19, Sibu.

Ahad, 2 Oktober 2016

Salam Maal Hijrah


"Jika kita ingin BERHIJRAH ke jalah Allah SWT, 
Allah SWT akan kirimkan hamba-Nya yang SOLEH 
untuk mendampingi kita dalam penghijrahan itu"

Sabtu, 1 Oktober 2016

Permainan Tuju Kasut

'Tuju Kasut' merupakan salah satu permainan yang popular semasa zaman kanak-kanak MK. Boleh dikatakan pada setiap cuti sekolah MK dan kawan-kawan selalu bermain permainan ini terutamanya pada waktu petang. Kadang-kadang bergabung dengan kawan-kawan perempuan (baca belum baligh)


  Permainannya mudah sahaja. Dalam permainan tuju kasut ini terdiri daripada dua kumpulan. Satu kumpulan menjaga kasut dan satu kumpulan membaling kasut. Pembahagian kumpulan dibahagikan sama rata melalui 'berbisik' secara pasangan. Jika tidak ada pasangan mereka terpaksa menggunakan 'objek'(biasanya daun) untuk diteka oleh ketua kumpulan masing-masing. 


   Cara permainannya. Ketua kumpulan perlu 'owsom' sesama sendiri bagi menentukan kumpulan mana yang perlu mulakan balingan kasut dahulu. Kumpulan yang menang, akan membaling kasut dahulu, manakala kumpulan yang kalah akan menjaga kasut.

   Kumpulan yang membaling kasut akan diberikan balingan sebanyak tiga kali untuk setiap orang sehinggalah kasut yang disusun menegak seperti piramid itu akan terjatuh dan terpisah. Jika semua ahli kumpulan gagal menjatuhkan kasut tersebut, permainan mereka akan 'batal' dan digantikan dengan kumpulan penjaga kasut tadi. Biasanya jarang berlaku masalah ini.

  Apabila salah seorang kumpulan pembaling tadi berjaya menjatuhkan kasut tersebut bermakna mereka berjaya, tetapi mereka perlu menyusun kasut itu semula seperti asal tadi dan setiap ahli perlu bekerjasama melakukannya. Jika mereka tidak menyusun kasut itu dengan betul seperti kedudukan asal, permainan mereka akan dibatalkan.

   Manakala, kumpulan penjaga kasut pula, selepas kasut berjaya dijatuhkan, mereka terpaksa membaling kasut ke arah badan kumpulan pembaling tadi untuk membatalkan permainan mereka. Mereka juga perlu ada strategi bagi mengelakkan kumpulan pembaling menyusun semula kasut tersebut. Jika mereka gagal bermaksud mereka terpaksa menjadi kumpulan penjaga kasut sekali lagi.

       Jika salah seorang kumpulan pembaling tadi berjaya menyusun semula kasut tadi seperti asal, dia perlu membuat pengiraan (tak ingat berapa) dan perlu melangkah di atas kasut tersebut sebagai berjaya atau menang dan mereka akan terus menjadi kumpulan pembaling untuk pusingan seterusnya.

        Permainan ini tidak ada pusingan atau set dan permainan ini bersifat bebas dan permainan ini berakhir apabila 'laungan azan' tanda masuk waktu maghrib. Jika masih belum tamat, permainan ini akan disambung pada hari seterusnya.

Panjang pula MK merepek kali ini! Entah betul atau tidak!

Selipar Jambang
Mat Korea,   30.09.16,     Taman Bkt. Lima Timur 19,     Sibu, Sarawak.

Jumaat, 30 September 2016

Mamah Butir Jamung

Dulu masa kecik MK selaghih dok makang jambu batu. Tambah-tambah hak separuh masak dan ada merah-merah kot butir dia. Hak tu memang sedap kalu mamah makang. Tapi, kalu nak makang hak merah tu kena makan sekali dengan butir baru sedak danpuah.
Jadi, MK selaghih dok mamah sekali dengan butir sapei haco dan telang. Molek telang ja, ada member oyat kat MK "Mung telang la butir jambu tu, esok a tumbuh dalam peghut mung, dan keluar kot mulut!" MK denga ja ayat tu, maghi ghasa takuk kalu jadi beto-beto. Lepah tu tak telang dah. Lepah mamah MK puek klik butir. Mana buleh pikir masa tu, fikiran tahap budak-budak.
Tapi realitinya tidak berlaku pun perkara macam tu. Bila masuk sekolah dah belajar bab pencernaan dan penghadaman baru la thu kalu kita makan atau minum, nanti peghut kita akan proses makanan dan minuman tadi dan akan dihadamkan melalui sistem pencernaan kita (ghasa betul kot, kalu salah tolong pebetul dih).
Bila ingat klik zaman kanak-kanak tu, ghasa diperbodohkan pun ada, dan ghasa lawak pon ada.
Mat Korea, Bukit Lima Timur 19, Sibu, Sarawak.


Ahad, 2 Ogos 2015

KAYA

Hari ini ANJKH bercerita kepada anak-anak pelajar berkaitan dengan JUTAWAN berdasarkan lagu Keranamu Malaysia ...Jaguh sukan dan juga jutawan R2B2.

ANJKH menceritakan beberapa orang yang terkaya di Malaysia dan di dunia yang berjaya menjadi jutawan dalam bidang masing-masing. Nampak benar mereka terpegun! Walaupun mereka tidak tahu dan tidak pernah dengar nama-nama yang disebutkan.
...
Tiba-tiba seorang daripada anak pelajar bertanya :
"Cikgu kaya tak?"
"Kaya. Kaya budi bahasa"
"Saya pun (beberapa anak pelajar), pantas membalas.

Tambah ANJKH :
"Kaya itu bukan kerana kita banyak duit, tetapi kerana cukup" Tiba-tiba teringat kata-kata SN dalam KOM.


Rabu, 6 Mei 2015

Problem 'housemate' semasa zaman bekerja


Benda ni lama dah AKU dok peghati dan lama-lama dia dah jadi rasa kurang puas hati dalam diri dan ia membuak-buak seperti air panas dan perlu aku 'share' dengan orang sekeliling. Antara PROBLEM tu :

1. SAMPAH. Pandai buat sampah, tapi tak pandai nak buang kalau tong sampah sudah penuh. Boleh pulak buat tak perasan, bahkan lebih 'tragis' boleh gi buang lagi sampah walau tong dah penuh. 

2. DAPUR. Pandai masak, goreng itu, goreng ini, buat kuah itu, kuah ini. Lepas masak pinggan mangkuk buang dalam singki dan tak basuh. Sudu, garpu, pisau, gunting letak merata-rata. Kebersihan dapur tak terjaga. Berminyak dan kurang selesa. 

3. MEJA MAKAN. Benda apa yang tak ada, semua dicampak kat atas tu. Serabut dok tengok. Sudah kemas, beberapa minit bersepah semula. Botol kosong yang tak ada isi pun diletakkan atas meja makan. Malas nak buang. Cawan air yang tidak dibasuh, kadang-kadang sampai berkulat.

4. LANTAI RUMAH. Sampah banyak melata di merata-rata tempat. Jangan harap la nak kutip atau nak bersihkan. Boleh buat dono selamba mak pak dia.

5. LAMPU. Suka membazir dan tidak ada rasa untuk berjimat. Kadang-kadang lampu tandas, lampu dapur, dan lampu ruang tamu dibuka pada hal orang sudah masuk tidur.  

6. TANDAS. Pandai buang tapi tak panda nak 'flush'. Kadang-kadang sampai berbau. Nak muntah rasa kalau masuk nak mandi atau nak buang hajat. Kalu yang merokok, puting buang merata, yang jadi mangsa singki. Penuh dengan puting rokok, sampai geli nak gosok gigi.

7. AIR MASAK. Minum bagi habis pandai. Tapi tak pandai nak isi balik. Bila tiba giliran kita nak minum air, air di dalam jag habis, kering kontang, terpaksa minum air PAIPSI. 

8. PETI SEJUK. Beli banyak barang terutama barang cepat rosak seperti ikan, dan ayam, Tapi tak pandai cuci air yang keluar dari belakang peti ais. Kadang-kadang balik rumah bau busuk amat kuat di dalam rumah. Tapi dema boleh buat relaks.

AKU rasa yang ni ja hak dok nampak dalam masa 8 bulan ni. Hak lain tu benda kecik ja, tak berapa nak penting sangat. Tapi PROBLEM yang AKU senaraikan kat atas ni perkara besar dan perlu dititikberatkan dalam berkongsi rumah dengan rakan sekerja.


Isnin, 4 Mei 2015

Popular

Di toko buku tadi, ada seorang 'brother', di tangannya memegang sebuah novel dan di sisinya ada seorang rakannya. Aku di hadapannya secara tidak sengaja, terdengar ia membaca beberapa 'bait' ayat dalam novel tersebut dengan kuat. Sampai menusuk halwa telinga aku.

Dan ia berhenti apabila menyedari aku berada di hadapannya dan melihat kelibat temannya tiada di sisinya. Nasib baik la Mat Korea ni lelaki, kalu perempuan, boleh jadi ais kat situ, dengar madah-madah cinta ni.

Kadang-kadang ayat-ayat 'cintan' ni perlu diluahkan dengan suara yang lantang dan kuat, suara jantan kata orang, baru la 'awek-awek' rasa cair. Kalu diluahkan dalam bisikan, tanpa suara (hati) nanti masa akad nikah engkau 'moyeh' ja la. Kekasih dirampas orang. Pelamin anganku musnah.

BRUNCH

26 tahun dok belajar basa Inggeris, hari nin baru bejupa perkataan 'BRUNCH'. Puah dok mikir menatang pa maksud dia. Kalu 'BRANCH' thu la maksud dia.

Gi la tanya kawan sekeja. Kata dia " BRUNCH ialah BREAKFAST + LUNCH = BRUNCH". ANJKH "Oooo thu maksud dia. Nasib bek tak beri ajaran sesat kat budak-budak.

Kalu malu bertanya, sesat jalan orang kata.
Kalu sesat jalan tak apa ada GPS dan Waze.

SugarBun

Al-kisah di kedai makanan segera :

ANJKH telah meminta beberapa jenis hidangan makanan daripada seorang 'pelayan wanita'.

Beberapa minit kemudian dia bertanya "Berapa orang makan?"
ANJKH jawab "Seorang".

Tak ingat nak tanya balik tadi "Awak nak temankan saya ka?
Walaweh!

Sanyan

Tadi berjalan-jalan di pusat beli-belah, kebetulan ada pameran album gambar untuk perkahwinan. Ada dalam beberapa baris. Rasa nak belek-belek album gambar yang terbuka luas di hadapan mata.

Lama dok peghati hitae, semua pasangan 'seksi-seksa' belaka. Tu baru muka depan dan muka surat pertama album. Macam mana la muka surat seterusnya. Kalu dok belek-belek semua album tadi, boleh bawak sampai ke malam. Boleh jadi tak beli minyak rambut BRYLCREEM kekal terpacak tu.

Lupa pulak nak tanya depa, sampai bila pameran itu diadakan? Bukan pa takut kalu gi lagi esok terlekat kat situ. Macam ada magnet kalu lalu di situ. Harap caj positif dengan positif la. Saling menolak.

Ahad, 3 Mei 2015

Ingatlah Orang Yang Memberi Jasa

1. Ketika AKU sedang membaca sebuah buku, tiba-tiba AKU terkesan dan terkesima dengan satu ENTRI, lalu AKU mula bermuhasabah dan mula 'refresh' minda. Entri itu berbunyi sedemikian:

2. Justeru, mulalah belajar untuk bertemu manusia. Mulakan dengan insan-insan yang pernah BERBAKTI dalam hidup kita. Tiada salahnya untuk kita kembali melawat ke rumah GURU-GURU yang pernah mengajar kita lalu berterima kasih kepada mereka.

3. Walau jauh manapun kita belajar, walau sedalam manapun pendidikan kita, kita tetap bukan siapa-siapa tanpa seorang insan yang bergelar..."GURU"!
Dan!
kita juga tetap bukan siapa-siapa tanpa seorang insan yang bergelar... "RAKAN"!.

4. Jika terserempak dengan mereka di mana-mana, jangan lari! atau buat-buat tak kenal! Malu? Ego? Tolak ketepi itu semua.

5. Mengapa AKU berkata AKU terkesan dan terkesima dengan entri di atas. Sebabnya AKU pernah melalui detik-detik tersebut dalam kehidupan. Begitu juga dengan rakan-rakan juga kan?

6. Kepada Guru-guruku, Terima kasih atas segala curahan ilmu dan bakti kepadaku selama AKU menjadi anak didikmu.

7. Kepada Rakan-rakanku. Terima kasih menjadi sebahagian dalam hidupku. AKU tidak sempurna seperti yang engkau harapkan, tetapi AKU akan berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam hidup engkau. Bimbing dan tegurlah segala kekhilafanku dalam segala tindakan.

Catatan Si Pemalu
23 September 2014
01.34 pagi
Sibu.

Sabtu, 2 Mei 2015

Old Skool 1989


Dalam tahun ini (2015) empat orang rakan Ex-SKKH 89 telah mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan masing-masing. Seorang perempuan dan tiga orang lelaki. Memang orang kata bagai pinang di belah dua. Sama padan sama elok. Paling terkesan, kaum lelaki yang sebelum ini hanya membujang telah memecah dominasi kaum perempuan dengan mendirikan rumah tangga tiga orang sekali gus dalam tahun yang sama, 2015. Ahmad Fadlan Elyas Lan, Fen Dy, dan Mohd Shameel Sham. Dan perempuan tunggal Patin.

Tahniah diucapkapkan kepada moha sekalian. Semoga sabar dan tabah dalam mengharungi cabaran dan tribulasi dalam berumah tangga. Semoga bahtera rumah tangga yang dibina kekal hingga jannah serta dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan kacak macam Si Pemalu. Semoga ukhwah antara kite terus terjalin dan kekal di dalam sanubari meski telah beristeri, beranak, bercucu, bercicit, berpiut, dan sebagainya.

Semasa anekdot ini ditulis, Si Pemalu masih bujang. Maaf deh, kalau Si Pemalu tak dan nak gi kenuri moha semua. Dan juga mewakili daripada kawan-kawan yang lain pohonan maaf ini. Sekian dulu, tahniah sekali lagi diucapkan dan moga bahagia hidup dengan pasangan masing-masing. Jalankan tanggungjawab suami isteri dengan sebaiknya.

Catatan Si Pemalu
02 Mei 2015
07.27 malam
Bukit Lima, Sibu,
Sarawak

Problem masa kenuri

Problem masa kenuri yang dari dulu sapei lani tak leh nak setel. Dan problem ni belaku kat mana-mana kita gi makang kenuri. Try kita peghati molek-molek dan 'refresh' klik ingatan kita :

1. Gi makan kenuri kalu yang layan diri, Mat Salleh kata catering. Kita termasuklah AKU bek lok belugok sape tak celuh pingang. Tapi makang x habih.Lepah tu buang. Bek tak sedei supa tak makang 2 bulan.

2. Tengah dok leka makang sambil dok komeng pasal lok. Lok x sedaplah, nasik lembeklah, makanan sikitlah dan bla..bla..bla. Thu tagha makang free.

3. Ada jugak hak dok buat siasatan, supa FBI atau CSI atau MOSSAD. Dok siasat pengatin, menu kenuri, bunga telur, pokok mangga, dan a sirap. Dan akan dikomen cukup-cukup, suka hati mak bapak dia.

4. Yang ni x thu la ada ke dak kat kenuri Kuak Hulu. Beghasa kecik hati kalu tuan rumah tak layan. Yala sibuk dok salam dengan tetamu dan dok kigha beghapa duwit masuk dalam pokek baju Melayu.

5. Yang ni ghamai. Ada geng-geng yang dok bek lok kenuri masa kenuri tak habih lagi. Ada kenuri tak mula lagi, dah dok bek lok tusuk kot tempat yang selamat. Jadi tuan rumah dok pening pala, lok dah habih bila adik badik dok luar mari lambat.

6. Yang ni pon ghamai gak. Buat kepala. Hak dok suka mengarah oghang supa boh di pejabat. Suka mengarah, tapi filem tak keluar layar perak pong. Buat tu, buat ni. Dia satu habuk keja pon tak buat.

7. Yang ni masa lah-lah kenuri. Waktu petang ato keesokan hari. Makin sikit orang nak tolong kemas klik barang-barang kenuri. Paling teruk tuan rumah dok buat sokrang-sokrang. Setel pigang, setel kerusi meja, turunkan khemah, basuh kawah, dan bla...bla...bla..Bila beri makang ramei mari makang sapei tak cukup kawah, bila buat keja macam palesit, hilang tanpa kesan. GPS dan WAZE pong x leh nk kesan.

Kalu sapa-sapa dok peghasan benda-benda ning masa kenuri kot kapong, sila angkat tangan, dan sapa dok besa buat benda-benda ni pon angkat tangan. Dan sapa tak peghasan nati masa kenuri ba pakat gi tengok dengan mata kepala sediri. Dan sapa yang buat-buat tak peghasan dan tak dak peghasaan dengan benda-benda ni, tak molek dok di dunia nin, gi dok kat Marikh kawan dengan Aliens.

Jah sharing sebagae pengajaran untuk kita semua, jangan dok mureh deh.
Diambik dan diotter dari Majalah Ujang Mei 2015.

Jumaat, 21 November 2014

Kuak Hulu

Kampung Aku adalah sebuah kampung yang indah. Tiada kurasa keindahan dan kesegaran sepertinya di tempat lain. Sekelilingnya dikelilingi oleh kesegaran alam semulajadi. Melihat sekumpulan kabus tebal di awal pagi bertenggek di muka gunung dan bukit-bukau, menikmati asap keluar dari mulut ketika sedang bercakap, bukan kerana merokok, tetapi daripada kesan sejuknya waktu itu. Macam di UK (bukan Ulu Klang, tapi di United Kingdom). Cuma salju saja tiada.

Dari jauh bukit-bukau, gunung-ganang, banjaran, tersergam indah dan menakjubkan dan hutan-hutan menghijau di sekeliling cukup melengkapkan sebuah permandangan yang sungguh mempesonakan. Unggas  yang menyanyi pelbagai nada dan rentak di celah-celah reranting dan dedahan pokok dan mergastua yang bebas bergerak melata di hutan seolah-olah seperti Aku hidup di safari. Benua Afrika sana.
...

Mungkin suasana di atas pernah ada dulu, kini pun masih ada, cuma tidak seperti dulu. Kelahiran 'insan' bernama 'kemodenan' dan 'kemajuan' telah merosakkan suasana ekosistem dan 'membasahkan' dan 'mengoyakkan' sebuah 'canvas permandangan'. Hancur berkecai! habu dan habuk yang berbaki dan terbang bebas dipuput angin semilir, terapung-rapung di angkasa raya.

Aku pula tercungap-cungap menagih bekalan oksigen untuk disedut - menyambung nafas dan survival.

AKU ANAK KUAK

Foto : Indra Bangsawan

Wayang Pacak dan TB

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Wayang Pacak merupakan salah satu hiburan yang begitu 'popular' dalam kalangan penduduk di kampung-kampung dahulu kala (tak pasti sejak bila ia bermula). Maklumlah mempunyai TB (TV) di rumah masing-masing adalah terlalu mahal atau mewah pada waktu itu. Orang yang ada TV pada waktu itu pun boleh dikiran dengan jari tangan dan ia dianggap orang yang 'mewah' dan 'kaya'. 

Tapi sekarang, TV kat setiap rumah ada, kadang-kadang sampai 2,3, butir. Tak leh nak kira dengan jari tangan dah, campur jari kaki pun tak cukup, lebih. Itu nak katanya mewahnya orang sekarang berbanding dulu. Kalau dulu tudung periuk dok kat dapur saja, lani dok atas 'atap' rumah pula. Pelik?
.....
Kembali kepada wayang pacak kita semula. Meh nak cita maksud wayang pacak itu apa? Aku selalu dengar kalau duduk bersembang dengan orang yang lebih tua, mereka selalu berkongsi pengalaman berkenaan dengan wayang pacak (WP). Dengar macam 'beh', tapi Aku tak rasa itu, sebab tak pernah merasai pengalaman itu ( Tahun 1989 baru 'hite" dunia). Bunyinya betul-betul 'nolstagia', kalau tidak, mana mungkin mereka tidak akan bercerita. Jauh pula Aku melalut. 
...
Kebetulan Aku membaca buku bertajuk BIOGRAFI AKU ANAK LENGGONG, maka Aku terjumpa pelbagai suasana yang pernah Aku dan anda sekalian alamai dan selami pada zaman kanak-kanak atau 'kampung Boys'. Macam-macam la, bila baca tu rasa macam baru semalam  menjadi anak-anak 'kecik', kalau tak jadi pun rasa nak jadi kecik 'klik'. Main dalam bendang, main senapang kayu, main pondok-pondok, main lastik, main perang, maning cheghok dan bla...bla...bla. Letih nak taip banyak-banyak. Hak len pakat pikir kediri. Nanti ada masa, Aku 'cita' yang bahagian tu. Belum masuk lagi wayang pacak, gena membebel ja banyak ni?
.....
Ok, baiklah...
lupakan lah yang kat atas tu, 'scroll mouse' 'moho' ke bawah. Ni baru betul ceteranya WP. Dengar orang-orang kampung panggil wayang pacak, jadi Aku pun panggil wayang pacak. Tahu nama sahaja, tapi tak ada pengalaman dan sejarah dengannya. Menurut cerita, WP ini dibawa masuk ke kampung-kampung melalui Jabatan Penerangan, kira dari pihak kerajaan la.

Ceritanya begini.....
Kenapa dipanggil wayang pacak? jangan menggaru kepala anda yang tak gatal itu. Tindakan reflektif sesetengan orang kalau diajukan soalan. Habis serabai rambut di kepala digarunya. Sape terkeluar 'telumomo' di kulit kepala. 'Tak yah' pusing-pusing mai Aku 'oyat' beri, harap-harap betul la. Kalau salah, harap tulis di ruangan komen, tambah-tambahlah sikit, supaya lengkap 'molek' cerita WP ini. 

Asal usulnya...
Orang kampung memanggil WP kerana ia dipasang secara menegak. Dua batang buluh akan digunakan sebagai tiang, kemudian sebidang kain putih gergasi dijadikan layar dan sebuah mesin pemutar filem akan dimainkan. Harap 'paham dih'. Bahasa moden cikit. Dulu mana da 'karen', mana ada 'api', takkan tengok layar saja? Dah la putih pulak tu, nak klik sat takut 'jeromoh' gan hantu. Warna putih kan 'dicop' warna 'peberet' 'hatu' oleh orang kampung. 'Sape' terkecing dalam seluar la jawabnya.

Punca karen/api...
Untuk mendapatkan tenaga elektrik atau karen (dalam BI current, maksud arus), Jabatan Penerangan (JP) akan menggunakan sebuah set 'generator' yang bising dipasangkan di tepi 'Ben' (Van). Di atas van diletakkan dua pembesar suara bercorong besar. Bila dah siap dipasang, maka 'berjemaahlah' warga kampung menyaksikan WP tersebut dengan adanya 'Soundeffect' daripada generator (janakuasa tersebut, jarang orang kapong guna perkataan ni, kalau guna mesti 'tak thu'..hahahahah)

Teruskan......
Biasanya,pekerja daripada JP akan datang dengan van panjang mereka pada waktu petang pada sebelah petang untuk memasang layar putih dan membuat gerak kerja untuk tayanga pada malamnya. Aku kurang tahu apakah filem yang ditayangkan. Kata kawan Aku, apabila ada WP, warga kampung akan berkumpul beramai dan berpusu-pusu datang ke tempat WP dimainkan. Seolah berpesta. Wau! sungguh nolstagia kalau direnung balik ke belakang. Bukan belakang congkak, masa lalu maksud Aku.

Penamat.....
Menurut penulis daripada buku yang Aku baca, awal tahun 1980-an WP masih ada, namun menjelang akhir 1980-an (lebih tepat 9 tahun sebelum aku melihat dunia fana ini), WP sudah tidak kedengaran lagi. Sebabnya, ramai penduduk kampung pada masa itu sudah memilki TV di rumah. Jadi mereka tak perlu bersusah-susah lagi untuk berebut dengan orang lain menonton WP di padang atau di laman. 
.....
Sedikit tauladan....
Habis 'dah', 'takat' 'tu' ja cerita Aku. Tanpa rasa sedar bahawa kewujudan WP telah mengeratkan ikatan ukhwah antara penduduk kampung. Mana tidaknya, semua warga berkumpul ramai-ramai di padang atau laman, macam duduk sebumbung. Aku percaya, yang 'ghairah' nak menonton WP adalah golongan kanak-kanan dan golongan muda. Tapi golongan tua, mereka datang  hendak bersembang-sembang sambil menghisap rokok 'don', sembang pasal harga skrap, padi di bendang dimakan pipit, huma di bukit, dan isu  politik 'panas' - barangkali. 

Itu dari segi positif, kalau dari segi negatif. Tak la teruk. Tapi kalau diamalkan akan jadi sangat teruk. Cuma pandangan. Tanpa sedar juga, kewujudan TV telah mengikis elemen ikatan sillaturrahim warga kampung. Terutama setiap rumah memliki TB masing-masing. Perasan tak? kalau tak perasan, tak yah buat perasan. Teruskan gerakkan anak mata membaca. Apabila setiap rumah ada TV, tiada lagi suasana menonton TB beramai-ramai di rumah jiran, tiada lagi mengunjungi ke rumah jiran pada saban malam, dan tiada WP untuk ditonton bersama-sama dengan warga kampung. Sedih bunyinya.

Kesannya...
Paling teruk, wujud pula elemen baharu yang mengjengkelkan dalam kalangan warga kampung. Antaranya, lahirlah mereka lebih 'individualistik'. Lama-lama menjadi semakin tipis 'sensitiv' sesama sendiri dan semakin kurang berasa 'empati' dan 'prihatin' tentang nasib orang lain di persekitarannya. 

Astagfirullah! moga dijauhkan 'virus' ini. Itulah di sebalik cerita WP dan TB. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. 

Sekian

Kalau sudi baca,
Kalau benci cerca,
Kalu 'touching' jaja,
Kalu bosan abai saja.

Cerita asal, AKU BUDAK LENGGONG ( Hamizul Abd Hamid),
Ubahsuai oleh ANJKH,

AKU BUDAK KUAK
20.11.14

Isnin, 24 Februari 2014

Seia,Sekata

Gambar hiasan
Pertikaman lidah, percanggahan pendapat, adalah perkara biasa dalam suatu musyawarah. Tetapi, dengan wujud satu kalimah emas 'muafakat' suasana yang 'genting' tadi menjadi tenang- setenangnya. BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA, BUKAN KERANA BANYAK MAKAN, TETAPI KERANA MUAFAKAT. Peribahasa zaman berzaman, masih relevan yang Tak luput dek hujan, Tak lekang dek panas. Walaweh! :)

Ahad, 23 Februari 2014

Kurelakan Jiwa

Gambar Hiasan

Baki akaun sebelum dan semasa adalah sama, lagi RM284 mencapai 'sasaran' RM300. Dengan tuaian 'anggur' yang tidak memberangsangkan 'Kurelakan Jiwa' untuk menanti keajaiban akan berlaku sedikit masa lagi. Hati kecil mula membisik "kalau tidak dapat pun tak mengapa, kalau dapat bersyukur, meringankan beban".Walaweh!

Jumaat, 21 Februari 2014

Dia Si Tudung Merah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Gambar Hiasan

Kalau 'girlfriend' yang gedik-gedik, perangai tak senonoh, pakai baju tak cukup kain, mak tak mau buat menantu, apa guna jadi orang kaya, kain yang murah tak boleh nak beli, buat malu keluarga, tak boleh buat pergi majlis. Penuh satira, buat kaum yang memikir. 

......

Di mana gadis yang bertudung merah pernah kutemu dulu? Dia membuat hatiku tergoda tergugah, tak cuma parasnya yang indah, Dia baik Dia solehah. Masih menanti!