Gambar Hiasan |
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Hal. 114, ‘pembalakan’ membawa maksud kerja-kerja (usaha) membalak. Kata ‘pembalakan’ berasal daripada kata ‘balak’ yang bermaksud kayu, iaitu
batang pokok-pokok besar yang sudah dipotong. Kata ‘balak’ boleh dikembangkan menjadi beberapa kata baharu melalui
proses penerbitan, iaitu imbuhan. Misalnya, membalak,
iaitu menghasilkan kayu balak (menebang pokok besar, memotong dahan-dahannya), terbalak-balak, iaitu menurut dialek
Perak bermaksud terapung-apung (di atas permukaan air), pembalakan, iaitu kerja-kerja (usaha) membalak, dan pembalak, iaitu
orang yang mengusahakan pembalakan. Jadi, secara kesimpulannya, pembalakan
membawa maksud kerja-kerja (usaha) menebang dan memotong pokok-pokok besar
untuk menghasilkan kayu balak.
Pembalakan
haram merujuk kepada apa yang dalam perhutanan digelar ‘pencuri balak’. Ia juga boleh merujuk kepada penuaian,
pengangkutan, pembelian, atau penjualan balak yang menyalahi undang-undang.
Prosedur penuaian itu sendiri mungkin haram,
termasuk menggunakan cara yang salah untuk memasuki hutan, pengeluaran tanpa
kebenaran atau dari kawasan dilindungi, penebangan spesies dilindungi atau
pengeluaran balak melampau had yang dipersetujui.
Penguatkuasaan
Undang-undang
Terdapat
banyak akta dan undang-undang telah digubal untuk mengawal kesan kegiatan
ekonomi terhadap alam sekitar. Antaranya termasuklah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Akta Kawalan Pencemaran Air 1979, Akta
Pembangunan Mineral 1994, Akta Perikanan 1985, Akta Perhutanan Negara 1984, dan Akta Racun Makhluk Perosak 1974.
Agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar, bertanggungjawab
menguatkuasakan akta dan undang-undang tersebut. Jika pihak berkuasa berkaitan
mendapati terdapat pihak-pihak yang melanggar akta dan undang-undang tersebut,
maka hukuman seperti denda, penjara,
atau menggantung lesen operasi harus dikenakan terhadap pihak yang terbabit. Di
samping itu, pihak berkuasa juga harus mewajibkan
pihak yang terlibat menanggung kos pemuliharaan atau kos pembersihan
sepenuhnya. Hukuman yang lebih berat ini mungkin akan dapat mencegah aktiviti
yang memudaratkan alam sekitar dengan lebih berkesan.
Pihak
kerajaan melalui penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang juga mewajibkan pengusaha-pengusaha kilang
memasang alat-alat pencegah dan rawatan pencemaran seperti alat penapis asap,
sistem pembetungan air kumbahan, dan loji pelupusan bahan toksik bersepadu.
Jabatan
Perhutanan juga mengetatkan kawalan dan pemantauan terhadap kegiatan
pembalakan. Renjer-renjer hutan kerap
melakukan rondaan dan tinjauan untuk memastikan aktiviti pembalakan berjalan
mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan. Langkah mengehadkan pengeluaran lesen
pembalakan dan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pihak yang terlibat
yang melakukan pembalakan haram juga penting dalam mengawal pembalakan secara
berleluasa.
Bersambung....
Sumber :
Kamus Dewan Edisi Keempat.