Jumaat, 21 November 2014

Kuak Hulu

Kampung Aku adalah sebuah kampung yang indah. Tiada kurasa keindahan dan kesegaran sepertinya di tempat lain. Sekelilingnya dikelilingi oleh kesegaran alam semulajadi. Melihat sekumpulan kabus tebal di awal pagi bertenggek di muka gunung dan bukit-bukau, menikmati asap keluar dari mulut ketika sedang bercakap, bukan kerana merokok, tetapi daripada kesan sejuknya waktu itu. Macam di UK (bukan Ulu Klang, tapi di United Kingdom). Cuma salju saja tiada.

Dari jauh bukit-bukau, gunung-ganang, banjaran, tersergam indah dan menakjubkan dan hutan-hutan menghijau di sekeliling cukup melengkapkan sebuah permandangan yang sungguh mempesonakan. Unggas  yang menyanyi pelbagai nada dan rentak di celah-celah reranting dan dedahan pokok dan mergastua yang bebas bergerak melata di hutan seolah-olah seperti Aku hidup di safari. Benua Afrika sana.
...

Mungkin suasana di atas pernah ada dulu, kini pun masih ada, cuma tidak seperti dulu. Kelahiran 'insan' bernama 'kemodenan' dan 'kemajuan' telah merosakkan suasana ekosistem dan 'membasahkan' dan 'mengoyakkan' sebuah 'canvas permandangan'. Hancur berkecai! habu dan habuk yang berbaki dan terbang bebas dipuput angin semilir, terapung-rapung di angkasa raya.

Aku pula tercungap-cungap menagih bekalan oksigen untuk disedut - menyambung nafas dan survival.

AKU ANAK KUAK

Foto : Indra Bangsawan

Wayang Pacak dan TB

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Wayang Pacak merupakan salah satu hiburan yang begitu 'popular' dalam kalangan penduduk di kampung-kampung dahulu kala (tak pasti sejak bila ia bermula). Maklumlah mempunyai TB (TV) di rumah masing-masing adalah terlalu mahal atau mewah pada waktu itu. Orang yang ada TV pada waktu itu pun boleh dikiran dengan jari tangan dan ia dianggap orang yang 'mewah' dan 'kaya'. 

Tapi sekarang, TV kat setiap rumah ada, kadang-kadang sampai 2,3, butir. Tak leh nak kira dengan jari tangan dah, campur jari kaki pun tak cukup, lebih. Itu nak katanya mewahnya orang sekarang berbanding dulu. Kalau dulu tudung periuk dok kat dapur saja, lani dok atas 'atap' rumah pula. Pelik?
.....
Kembali kepada wayang pacak kita semula. Meh nak cita maksud wayang pacak itu apa? Aku selalu dengar kalau duduk bersembang dengan orang yang lebih tua, mereka selalu berkongsi pengalaman berkenaan dengan wayang pacak (WP). Dengar macam 'beh', tapi Aku tak rasa itu, sebab tak pernah merasai pengalaman itu ( Tahun 1989 baru 'hite" dunia). Bunyinya betul-betul 'nolstagia', kalau tidak, mana mungkin mereka tidak akan bercerita. Jauh pula Aku melalut. 
...
Kebetulan Aku membaca buku bertajuk BIOGRAFI AKU ANAK LENGGONG, maka Aku terjumpa pelbagai suasana yang pernah Aku dan anda sekalian alamai dan selami pada zaman kanak-kanak atau 'kampung Boys'. Macam-macam la, bila baca tu rasa macam baru semalam  menjadi anak-anak 'kecik', kalau tak jadi pun rasa nak jadi kecik 'klik'. Main dalam bendang, main senapang kayu, main pondok-pondok, main lastik, main perang, maning cheghok dan bla...bla...bla. Letih nak taip banyak-banyak. Hak len pakat pikir kediri. Nanti ada masa, Aku 'cita' yang bahagian tu. Belum masuk lagi wayang pacak, gena membebel ja banyak ni?
.....
Ok, baiklah...
lupakan lah yang kat atas tu, 'scroll mouse' 'moho' ke bawah. Ni baru betul ceteranya WP. Dengar orang-orang kampung panggil wayang pacak, jadi Aku pun panggil wayang pacak. Tahu nama sahaja, tapi tak ada pengalaman dan sejarah dengannya. Menurut cerita, WP ini dibawa masuk ke kampung-kampung melalui Jabatan Penerangan, kira dari pihak kerajaan la.

Ceritanya begini.....
Kenapa dipanggil wayang pacak? jangan menggaru kepala anda yang tak gatal itu. Tindakan reflektif sesetengan orang kalau diajukan soalan. Habis serabai rambut di kepala digarunya. Sape terkeluar 'telumomo' di kulit kepala. 'Tak yah' pusing-pusing mai Aku 'oyat' beri, harap-harap betul la. Kalau salah, harap tulis di ruangan komen, tambah-tambahlah sikit, supaya lengkap 'molek' cerita WP ini. 

Asal usulnya...
Orang kampung memanggil WP kerana ia dipasang secara menegak. Dua batang buluh akan digunakan sebagai tiang, kemudian sebidang kain putih gergasi dijadikan layar dan sebuah mesin pemutar filem akan dimainkan. Harap 'paham dih'. Bahasa moden cikit. Dulu mana da 'karen', mana ada 'api', takkan tengok layar saja? Dah la putih pulak tu, nak klik sat takut 'jeromoh' gan hantu. Warna putih kan 'dicop' warna 'peberet' 'hatu' oleh orang kampung. 'Sape' terkecing dalam seluar la jawabnya.

Punca karen/api...
Untuk mendapatkan tenaga elektrik atau karen (dalam BI current, maksud arus), Jabatan Penerangan (JP) akan menggunakan sebuah set 'generator' yang bising dipasangkan di tepi 'Ben' (Van). Di atas van diletakkan dua pembesar suara bercorong besar. Bila dah siap dipasang, maka 'berjemaahlah' warga kampung menyaksikan WP tersebut dengan adanya 'Soundeffect' daripada generator (janakuasa tersebut, jarang orang kapong guna perkataan ni, kalau guna mesti 'tak thu'..hahahahah)

Teruskan......
Biasanya,pekerja daripada JP akan datang dengan van panjang mereka pada waktu petang pada sebelah petang untuk memasang layar putih dan membuat gerak kerja untuk tayanga pada malamnya. Aku kurang tahu apakah filem yang ditayangkan. Kata kawan Aku, apabila ada WP, warga kampung akan berkumpul beramai dan berpusu-pusu datang ke tempat WP dimainkan. Seolah berpesta. Wau! sungguh nolstagia kalau direnung balik ke belakang. Bukan belakang congkak, masa lalu maksud Aku.

Penamat.....
Menurut penulis daripada buku yang Aku baca, awal tahun 1980-an WP masih ada, namun menjelang akhir 1980-an (lebih tepat 9 tahun sebelum aku melihat dunia fana ini), WP sudah tidak kedengaran lagi. Sebabnya, ramai penduduk kampung pada masa itu sudah memilki TV di rumah. Jadi mereka tak perlu bersusah-susah lagi untuk berebut dengan orang lain menonton WP di padang atau di laman. 
.....
Sedikit tauladan....
Habis 'dah', 'takat' 'tu' ja cerita Aku. Tanpa rasa sedar bahawa kewujudan WP telah mengeratkan ikatan ukhwah antara penduduk kampung. Mana tidaknya, semua warga berkumpul ramai-ramai di padang atau laman, macam duduk sebumbung. Aku percaya, yang 'ghairah' nak menonton WP adalah golongan kanak-kanan dan golongan muda. Tapi golongan tua, mereka datang  hendak bersembang-sembang sambil menghisap rokok 'don', sembang pasal harga skrap, padi di bendang dimakan pipit, huma di bukit, dan isu  politik 'panas' - barangkali. 

Itu dari segi positif, kalau dari segi negatif. Tak la teruk. Tapi kalau diamalkan akan jadi sangat teruk. Cuma pandangan. Tanpa sedar juga, kewujudan TV telah mengikis elemen ikatan sillaturrahim warga kampung. Terutama setiap rumah memliki TB masing-masing. Perasan tak? kalau tak perasan, tak yah buat perasan. Teruskan gerakkan anak mata membaca. Apabila setiap rumah ada TV, tiada lagi suasana menonton TB beramai-ramai di rumah jiran, tiada lagi mengunjungi ke rumah jiran pada saban malam, dan tiada WP untuk ditonton bersama-sama dengan warga kampung. Sedih bunyinya.

Kesannya...
Paling teruk, wujud pula elemen baharu yang mengjengkelkan dalam kalangan warga kampung. Antaranya, lahirlah mereka lebih 'individualistik'. Lama-lama menjadi semakin tipis 'sensitiv' sesama sendiri dan semakin kurang berasa 'empati' dan 'prihatin' tentang nasib orang lain di persekitarannya. 

Astagfirullah! moga dijauhkan 'virus' ini. Itulah di sebalik cerita WP dan TB. Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. 

Sekian

Kalau sudi baca,
Kalau benci cerca,
Kalu 'touching' jaja,
Kalu bosan abai saja.

Cerita asal, AKU BUDAK LENGGONG ( Hamizul Abd Hamid),
Ubahsuai oleh ANJKH,

AKU BUDAK KUAK
20.11.14

Isnin, 24 Februari 2014

Seia,Sekata

Gambar hiasan
Pertikaman lidah, percanggahan pendapat, adalah perkara biasa dalam suatu musyawarah. Tetapi, dengan wujud satu kalimah emas 'muafakat' suasana yang 'genting' tadi menjadi tenang- setenangnya. BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA, BUKAN KERANA BANYAK MAKAN, TETAPI KERANA MUAFAKAT. Peribahasa zaman berzaman, masih relevan yang Tak luput dek hujan, Tak lekang dek panas. Walaweh! :)

Ahad, 23 Februari 2014

Kurelakan Jiwa

Gambar Hiasan

Baki akaun sebelum dan semasa adalah sama, lagi RM284 mencapai 'sasaran' RM300. Dengan tuaian 'anggur' yang tidak memberangsangkan 'Kurelakan Jiwa' untuk menanti keajaiban akan berlaku sedikit masa lagi. Hati kecil mula membisik "kalau tidak dapat pun tak mengapa, kalau dapat bersyukur, meringankan beban".Walaweh!

Jumaat, 21 Februari 2014

Dia Si Tudung Merah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Gambar Hiasan

Kalau 'girlfriend' yang gedik-gedik, perangai tak senonoh, pakai baju tak cukup kain, mak tak mau buat menantu, apa guna jadi orang kaya, kain yang murah tak boleh nak beli, buat malu keluarga, tak boleh buat pergi majlis. Penuh satira, buat kaum yang memikir. 

......

Di mana gadis yang bertudung merah pernah kutemu dulu? Dia membuat hatiku tergoda tergugah, tak cuma parasnya yang indah, Dia baik Dia solehah. Masih menanti!

Rabu, 19 Februari 2014

Cinngeh!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dalam filem Rock Oo! yang diarahkan oleh Sutradara Mamat Khalid, ada salah satu babak perbualan antara Jijoe dengan Pekin ( Slash) yang berbunyi :

Ada tiga perkara yang boleh menjatuhkan negara, 
Pertama, rasuah, 
Kedua, tak menepati masa
Ketiga, cinggeh (perempuan)

Tetapi, dalam pemerhatian aku dan melalui pembacaan aku daripada beberapa buku ber'Genre' agama, terdapat juga beberapa perkara yang boleh merosakkan DEEN dan memecahbelahkan Ummat; iaitu :

SKEPTIK,
PREJUDIS,
PERSEPSI,

Bagi pendapat aku, cara mudah untuk mengatasi masalah ini daripada terjadi lebih buruk, biasakan diri kita sentiasa Optimis dalam setiap perkara dan sentiasa merujuk Al-Quran dan Al-Sunnah sebelum menjatuhkan hukuman dan tindakan.




PU YEOP


18.02.14

Ceramah PU Yeop yang hamba tengok tadi (Kg Kuak Luar), santai, tidak berprotokol (rasmi), penuh dengan gelak tawa, dan gurau senda. Ditambah pengucapan atau isi-isi, atau intipati beliau dalam loghat Perak. Penampilan beliau yang santai acap kali memukau para penonton terutama kanak-kanak yang sangat 'supporting' (mesra) apabila diajak mengikut rentak dan ucapan beliau. 

Lagi satu ceramah PU Yeop tadi tidak ubah seperti penampilan beliau dalam Mimbar Pencetus Ummah 2013 seolah-olah ada 'chemistry' (kaitan) dengannya. Paling best beliau pandai menarik perhatian 'audient' (penonton), petah berkata-kata, pandai bermain dengan unsur 'humour' atau lawak dan mengaitkannya dengan tajuk yang disampaikan. 

PU Yeop juga berbakat dalam nyanyian dan pandai membuat 'parody' (ubah lagu), iaitu lagu Isabella dan lagu Rozana (Penyanyi asal Amy Search, Peeeewitttt) yang diubah menjadi lirik Rasulullah S.A.W. dan dinyanyikan, tidak penuh cuma beberapa baris lagu saja.

Kesimpulannya, hamba rasa sangat terhibur la dengan ceramah yang disampaikan oleh PU Yeop malam tadi. Anda semua pula bagaimana? Tepuk dada, tanya Iman. Hamba mewakili warga marhaen mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang bertungkus-lumus membawa beliau datang ke Pengkalan Hulu ini demi kebaikan ummat dan agama Islam. Semoga di hari atau waktu yang lain akan ada lagi program-program sebegini di mukim kita. Insya Allah!

Sekian daripada HAMBA, 'Unpopular' pengkritik. 

WALAWEH! entri hamba kali ini juga panjang juga ya?, minta maaf la yeop-yeop semua. Kalau rasa best boleh baca, kalau tak best 'scroll' tetikus ke bawah la ye. nyongeng-nyogeng juga moh le kita beghamal :)



Selasa, 18 Februari 2014

Bantuan Rakyat 1Malaysia 3 2014

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Penerima BR1M 3 2014 :

1. Kira-kira 2 juta penerima BRIM yang tidak  MEMPUNYAI AKAUN BANK, akan menerima baucer secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari bermula 23 Februari 2014 ini. Maksudnya 20 hari itu adalah antara  23 Februari - 14 Mac 2014. Kalau tak percaya ambil kalendar kira sendiri.

2.  Penerima BRIM yang tidak  MEMPUNYAI AKAUN BANK, bantuan akan diberikan oleh para pemimpin di kawasan Parlimen masing-masing. Kena beratur panjang la jawabnya, OK, tak apa bawak apa yang patut sementara menuggu giliran, kalau boleh bawak khemah pun tak apa.

3. Walaupun agihan kepada penerima tanpa AKAUN BANK akan mengambil masa kerana ia melibatkan jumlah yang besar, kerajaan ingin melaksanakan pemberian baucer dalam tempoh tidak melebihi 20 hari.

4. Alasannya (pemberian BRIM kurang dari 20 hari) adalah kerana rakyat amat memerlukan bantuan ini sekarang dan tidak perlu menunggu lama untuk menikmati bantuan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup. Kerajaan prihatin masalah rakyat WALAWEH! sensei!

5.Seramai 5.4 juta penerima BRIM yang mempunyai AKAUN BANK pula akan menerima terus bantuan berkenaan dalam akaun mereka pada 22 Februaru 2014 ini. Bayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun penerima secara serentak di seluruh negara sebaik saja program BRIM dilancarkan oleh PM, Datuk Seri Najib Tun Razak di Sekolah Menengah Aminuddin Baki.Tak yah dok tunggu lama-lama dah kat kaunter, gi bank cucuk kad ja.

6. Secara keseluruhan, program BRIM 2014 dijangka memanfaatkan hampir 4.63 juta isi rumah dan 2.4 juta individu bujang.

7. Kos keseluruhan BRIM 2014, kerajaan memperuntukan sejumlah RM4.6 Bilion yang dijangka dapat memanfaatkan sebanyak 7.9 juta penerima.

8. Pembahagian BRIM : isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujan berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

9. Yang Benar Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ( Menteri Kewangan Kedua), Beliau yang dok merepek, hamba tulis dan edit ja apa yang beliau cakap.

10. Minta maaf entri hamba kali ini terlalu panjang, tapi cukup informasi tentang BRIM yang kita dapat, Jadi kita  tahu info tentang BRIM sebelum dapat duit BRIM, jangan nampak duit saja. OK lah dah letih jari jemari hamba menaip, baca-baca la ye. Sambil baca, sambil menghitung hari nak terima BRIM. PEACE YOUR, KEEP SMILE :)

Gambar Hiasan

Cermin Diri Bentuk Peribadi

 Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1.  Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu tanda kelalaian. Selalu dilakukan, hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

       2.   Setiap kesalahan dilakukan, jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

       3.   Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan, tetapi amat sulit dilaksanakan.

      4.    Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan pula selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

     5.    Di antara tanda-tanda orang yang sombong itu ialah cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah, iaitu bertegang leher, kelihatan di wajahnya rasa tidak senang jika ada orang lain yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan. 

     6 .   Orang yang sudah hilang sifat marah : Dayus, cepat melahirkan sifat marah, lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah, tetapi dapat disembunyikan, kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

     7.   Tahu diri kita, hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu, 
      hamba itu penghayatan. Kedua sifat inilah akan melahirkan sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

    8.    Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

    9.    Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya, tapi jangan putus hati kita dengan Allah, kerana ini adalah hak-Nya pula.

   10.    Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan

"Renung-renungkan, Selamat beramal, 
Tepuk dada, Bukan tanya selera,TAPI Tanya Iman"

Gambar Hiasan

Ahad, 16 Februari 2014

Angkatan Tentera Malaysia

Gambar Hiasan
Tadi hamba pergi ke Kroh nak keluar duit dari Mesin ATM Maybank. Tengok kosong ja, ada 'chance' la nak ambik duit dengan cepat, tak yah beratur panjang-panjang dan terketar-terketar nak tekan no pin. Baru turun dari moto, kawan hamba yang keja kat sebelah Maybank tu kata, "Mesin ATM rosak, tak leh guna", kata hamba "asyik rosak ja mesin ni, tahun ni dah banyak kali rosak". Kaya sungguh orang Kroh ni sampai mesin jadi 'jem'
.....................................
Lepas tu kawan hamba kata, pi kat PETRONAS, kat sana ada mesin ATM MAYBANK. La, baru thu kt PETRONAS lani dah menyediakan perkhidmatan mesin ATM. Nampak sangat dah lama tak isi minyak kat situ, selarih dok isi kat SHELL, sebab kat SHELL ada model, ataupun hamba yang tak 'alert' dengan maklumat terkini yang berlaku kat Kroh. Ok! Lagi 2 minggu yang kerja 'makan gaji' akan dapat gaji dan penerima BRIM juga akan dapat 'habuan'. Hamba rasa mesin ATM Maybank akan bertambah pening dan 'stress'. SYUKUR MALAYSIA MASIH SEJAHTERA! #walaweh #peaceyour