Selasa, 18 Februari 2014

Bantuan Rakyat 1Malaysia 3 2014

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Penerima BR1M 3 2014 :

1. Kira-kira 2 juta penerima BRIM yang tidak  MEMPUNYAI AKAUN BANK, akan menerima baucer secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari bermula 23 Februari 2014 ini. Maksudnya 20 hari itu adalah antara  23 Februari - 14 Mac 2014. Kalau tak percaya ambil kalendar kira sendiri.

2.  Penerima BRIM yang tidak  MEMPUNYAI AKAUN BANK, bantuan akan diberikan oleh para pemimpin di kawasan Parlimen masing-masing. Kena beratur panjang la jawabnya, OK, tak apa bawak apa yang patut sementara menuggu giliran, kalau boleh bawak khemah pun tak apa.

3. Walaupun agihan kepada penerima tanpa AKAUN BANK akan mengambil masa kerana ia melibatkan jumlah yang besar, kerajaan ingin melaksanakan pemberian baucer dalam tempoh tidak melebihi 20 hari.

4. Alasannya (pemberian BRIM kurang dari 20 hari) adalah kerana rakyat amat memerlukan bantuan ini sekarang dan tidak perlu menunggu lama untuk menikmati bantuan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup. Kerajaan prihatin masalah rakyat WALAWEH! sensei!

5.Seramai 5.4 juta penerima BRIM yang mempunyai AKAUN BANK pula akan menerima terus bantuan berkenaan dalam akaun mereka pada 22 Februaru 2014 ini. Bayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun penerima secara serentak di seluruh negara sebaik saja program BRIM dilancarkan oleh PM, Datuk Seri Najib Tun Razak di Sekolah Menengah Aminuddin Baki.Tak yah dok tunggu lama-lama dah kat kaunter, gi bank cucuk kad ja.

6. Secara keseluruhan, program BRIM 2014 dijangka memanfaatkan hampir 4.63 juta isi rumah dan 2.4 juta individu bujang.

7. Kos keseluruhan BRIM 2014, kerajaan memperuntukan sejumlah RM4.6 Bilion yang dijangka dapat memanfaatkan sebanyak 7.9 juta penerima.

8. Pembahagian BRIM : isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujan berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

9. Yang Benar Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ( Menteri Kewangan Kedua), Beliau yang dok merepek, hamba tulis dan edit ja apa yang beliau cakap.

10. Minta maaf entri hamba kali ini terlalu panjang, tapi cukup informasi tentang BRIM yang kita dapat, Jadi kita  tahu info tentang BRIM sebelum dapat duit BRIM, jangan nampak duit saja. OK lah dah letih jari jemari hamba menaip, baca-baca la ye. Sambil baca, sambil menghitung hari nak terima BRIM. PEACE YOUR, KEEP SMILE :)

Gambar Hiasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan