Selasa, 18 Februari 2014

Cermin Diri Bentuk Peribadi

 Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1.  Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu tanda kelalaian. Selalu dilakukan, hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

       2.   Setiap kesalahan dilakukan, jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

       3.   Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan, tetapi amat sulit dilaksanakan.

      4.    Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan pula selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

     5.    Di antara tanda-tanda orang yang sombong itu ialah cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah, iaitu bertegang leher, kelihatan di wajahnya rasa tidak senang jika ada orang lain yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan. 

     6 .   Orang yang sudah hilang sifat marah : Dayus, cepat melahirkan sifat marah, lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah, tetapi dapat disembunyikan, kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

     7.   Tahu diri kita, hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu, 
      hamba itu penghayatan. Kedua sifat inilah akan melahirkan sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

    8.    Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

    9.    Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya, tapi jangan putus hati kita dengan Allah, kerana ini adalah hak-Nya pula.

   10.    Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan

"Renung-renungkan, Selamat beramal, 
Tepuk dada, Bukan tanya selera,TAPI Tanya Iman"

Gambar Hiasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan