Sabtu, 8 Oktober 2016

Jatuh Kecewa

   
Gambar Hiasan
  Semasa menanti cabutan nombor bertuah tadi, nombor (baca 006) Mat Korea jatuh sebanyak dua kali di atas lantai. Jatuhan kali pertama di hadapan MK dan jatuhan kali kedua di sebelah kanan MK, tetapi kedua-duanya mendarat pada tempat yang sama, iaitu di atas lantai.
  Jatuhan kali pertama, kawan MK kata "You bertuah nanti, sebab perempuan ambilkan!" Jatuhan kali kedua, MK ulang ayat yang sama kepada rakan sebelah MK, "Bertuah nombor ni sudah dua kali jatuh!" 
  Akhirnya, MK jatuh kecewa. Anggapan itu hanya sia-sia sahaja dan mungkin penyedap hati atau hendak 'Psiko' orang lain.
  Ibrah : Yakin dan percaya setiap REZEKI ditentukan oleh Allah SWT, bukan di tangan makhluk.
Dr. Mat Korea,     
Pencuci 'jambang' blesah.

Rabu, 5 Oktober 2016

TOPENG

MANUSIA GEMAR #BERTOPENG :
1. Memakai topeng #Kejujuran, tetapi dialah berhati #binatang,
2. Memakai topeng #kealiman, tetapi dialah #guntingdalamlipatan
3. Memakai topeng #persaudaraan, tetapi dialah #serigala yang membaham,
4. Ada yang memakai #Topeng...tapi dialah...(sambung sendiri)
Dan amat #memalukan, apabila topeng #disingkap, sebenarnya #wajah kita terlalu #hodoh dan amat #menakutkan.
JANGAN HIDUP #BERTOPENG, JADILAH #DIRISENDIRI!
Ustaz Dr. Mat Korea, Penadah kitab di Blesah.
Gambar Hiasan

Isnin, 3 Oktober 2016

BUBO SURO

     
Bubur Asyura. Kami orang London (baca Kuak Hulu) panggil Bubo Suro. MK masih ingat dulu, masa ikatan masyarakat masih 'kuat' di kampung, setiap kali tiba 10 Muharram, kami akan membuat bubo suro. Kami akan pergi ke setiap rumah untuk mengutip duit untuk membeli barang-barang bubo suro ini.
     Kami juga meminta bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan bubo ini daripada orang tua yang arif dalam pembuatannya dan ditulis pada sehelai kertas supaya tidak lupa dan tidak tertinggal satu barang pun.
     Setelah selesai mengutip duit, kami membeli barang-barang yang diperlukan untuk membuat bubo suro ini. Kami juga menjemput semua penduduk kampung untuk bersama-sama datang bergotong-royong untuk memasak bubo suro ini. Kami bergilir-gilir mengacau bubo suro ini sampailah masak dan mengeras. Dan di situlah kami generasi muda mempelajari cara pembuatan bubo suro ini.
     Setelah siap, kami geng muda membungkus dan mengagihkan bubo suro ini kepada para penduduk kampung. Dan setiap isi rumah akan dapat merasanya.
     Seingat MK kali terakhir MK terlibat dalam pembuatan bubo suro ini adalah pada tahun 2006 lalu, kira-kira 10 tahun yang lalu dan ketika itu MK masih di bangku sekolah. In Sya Allah, kalau ada masa dan ruang akan cuba mengembalikan semula aktiviti ini di kampung.

 BUBO SURO, 02.10.16M, Bkt.Lima Timur 19, Sibu.

Ahad, 2 Oktober 2016

Salam Maal Hijrah


"Jika kita ingin BERHIJRAH ke jalah Allah SWT, 
Allah SWT akan kirimkan hamba-Nya yang SOLEH 
untuk mendampingi kita dalam penghijrahan itu"

Sabtu, 1 Oktober 2016

Permainan Tuju Kasut

'Tuju Kasut' merupakan salah satu permainan yang popular semasa zaman kanak-kanak MK. Boleh dikatakan pada setiap cuti sekolah MK dan kawan-kawan selalu bermain permainan ini terutamanya pada waktu petang. Kadang-kadang bergabung dengan kawan-kawan perempuan (baca belum baligh)


  Permainannya mudah sahaja. Dalam permainan tuju kasut ini terdiri daripada dua kumpulan. Satu kumpulan menjaga kasut dan satu kumpulan membaling kasut. Pembahagian kumpulan dibahagikan sama rata melalui 'berbisik' secara pasangan. Jika tidak ada pasangan mereka terpaksa menggunakan 'objek'(biasanya daun) untuk diteka oleh ketua kumpulan masing-masing. 


   Cara permainannya. Ketua kumpulan perlu 'owsom' sesama sendiri bagi menentukan kumpulan mana yang perlu mulakan balingan kasut dahulu. Kumpulan yang menang, akan membaling kasut dahulu, manakala kumpulan yang kalah akan menjaga kasut.

   Kumpulan yang membaling kasut akan diberikan balingan sebanyak tiga kali untuk setiap orang sehinggalah kasut yang disusun menegak seperti piramid itu akan terjatuh dan terpisah. Jika semua ahli kumpulan gagal menjatuhkan kasut tersebut, permainan mereka akan 'batal' dan digantikan dengan kumpulan penjaga kasut tadi. Biasanya jarang berlaku masalah ini.

  Apabila salah seorang kumpulan pembaling tadi berjaya menjatuhkan kasut tersebut bermakna mereka berjaya, tetapi mereka perlu menyusun kasut itu semula seperti asal tadi dan setiap ahli perlu bekerjasama melakukannya. Jika mereka tidak menyusun kasut itu dengan betul seperti kedudukan asal, permainan mereka akan dibatalkan.

   Manakala, kumpulan penjaga kasut pula, selepas kasut berjaya dijatuhkan, mereka terpaksa membaling kasut ke arah badan kumpulan pembaling tadi untuk membatalkan permainan mereka. Mereka juga perlu ada strategi bagi mengelakkan kumpulan pembaling menyusun semula kasut tersebut. Jika mereka gagal bermaksud mereka terpaksa menjadi kumpulan penjaga kasut sekali lagi.

       Jika salah seorang kumpulan pembaling tadi berjaya menyusun semula kasut tadi seperti asal, dia perlu membuat pengiraan (tak ingat berapa) dan perlu melangkah di atas kasut tersebut sebagai berjaya atau menang dan mereka akan terus menjadi kumpulan pembaling untuk pusingan seterusnya.

        Permainan ini tidak ada pusingan atau set dan permainan ini bersifat bebas dan permainan ini berakhir apabila 'laungan azan' tanda masuk waktu maghrib. Jika masih belum tamat, permainan ini akan disambung pada hari seterusnya.

Panjang pula MK merepek kali ini! Entah betul atau tidak!

Selipar Jambang
Mat Korea,   30.09.16,     Taman Bkt. Lima Timur 19,     Sibu, Sarawak.

Jumaat, 30 September 2016

Mamah Butir Jamung

Dulu masa kecik MK selaghih dok makang jambu batu. Tambah-tambah hak separuh masak dan ada merah-merah kot butir dia. Hak tu memang sedap kalu mamah makang. Tapi, kalu nak makang hak merah tu kena makan sekali dengan butir baru sedak danpuah.
Jadi, MK selaghih dok mamah sekali dengan butir sapei haco dan telang. Molek telang ja, ada member oyat kat MK "Mung telang la butir jambu tu, esok a tumbuh dalam peghut mung, dan keluar kot mulut!" MK denga ja ayat tu, maghi ghasa takuk kalu jadi beto-beto. Lepah tu tak telang dah. Lepah mamah MK puek klik butir. Mana buleh pikir masa tu, fikiran tahap budak-budak.
Tapi realitinya tidak berlaku pun perkara macam tu. Bila masuk sekolah dah belajar bab pencernaan dan penghadaman baru la thu kalu kita makan atau minum, nanti peghut kita akan proses makanan dan minuman tadi dan akan dihadamkan melalui sistem pencernaan kita (ghasa betul kot, kalu salah tolong pebetul dih).
Bila ingat klik zaman kanak-kanak tu, ghasa diperbodohkan pun ada, dan ghasa lawak pon ada.
Mat Korea, Bukit Lima Timur 19, Sibu, Sarawak.


Ahad, 2 Ogos 2015

KAYA

Hari ini ANJKH bercerita kepada anak-anak pelajar berkaitan dengan JUTAWAN berdasarkan lagu Keranamu Malaysia ...Jaguh sukan dan juga jutawan R2B2.

ANJKH menceritakan beberapa orang yang terkaya di Malaysia dan di dunia yang berjaya menjadi jutawan dalam bidang masing-masing. Nampak benar mereka terpegun! Walaupun mereka tidak tahu dan tidak pernah dengar nama-nama yang disebutkan.
...
Tiba-tiba seorang daripada anak pelajar bertanya :
"Cikgu kaya tak?"
"Kaya. Kaya budi bahasa"
"Saya pun (beberapa anak pelajar), pantas membalas.

Tambah ANJKH :
"Kaya itu bukan kerana kita banyak duit, tetapi kerana cukup" Tiba-tiba teringat kata-kata SN dalam KOM.