Jumaat, 21 November 2014

Kuak Hulu

Kampung Aku adalah sebuah kampung yang indah. Tiada kurasa keindahan dan kesegaran sepertinya di tempat lain. Sekelilingnya dikelilingi oleh kesegaran alam semulajadi. Melihat sekumpulan kabus tebal di awal pagi bertenggek di muka gunung dan bukit-bukau, menikmati asap keluar dari mulut ketika sedang bercakap, bukan kerana merokok, tetapi daripada kesan sejuknya waktu itu. Macam di UK (bukan Ulu Klang, tapi di United Kingdom). Cuma salju saja tiada.

Dari jauh bukit-bukau, gunung-ganang, banjaran, tersergam indah dan menakjubkan dan hutan-hutan menghijau di sekeliling cukup melengkapkan sebuah permandangan yang sungguh mempesonakan. Unggas  yang menyanyi pelbagai nada dan rentak di celah-celah reranting dan dedahan pokok dan mergastua yang bebas bergerak melata di hutan seolah-olah seperti Aku hidup di safari. Benua Afrika sana.
...

Mungkin suasana di atas pernah ada dulu, kini pun masih ada, cuma tidak seperti dulu. Kelahiran 'insan' bernama 'kemodenan' dan 'kemajuan' telah merosakkan suasana ekosistem dan 'membasahkan' dan 'mengoyakkan' sebuah 'canvas permandangan'. Hancur berkecai! habu dan habuk yang berbaki dan terbang bebas dipuput angin semilir, terapung-rapung di angkasa raya.

Aku pula tercungap-cungap menagih bekalan oksigen untuk disedut - menyambung nafas dan survival.

AKU ANAK KUAK

Foto : Indra Bangsawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan