YDPA ke-14 |
1. Pada 11 April 2012
(Rabu) yang lalu bersamaan dengan 19 Jamadil Awal 1433 H telah berlangsung
pertabalan Yang di-petuan Agong (YDPA) Malaysia ke-14, iaitu Tuanku Sultan
Abdul Halim Muadzam Shah (Sultan Kedah) yang dijalankan dengan penuh adat
istiadat di Istana Negara tepat pada jam 10 pagi.
2. Surat pengistiharaan
pertabalan itu telah dibacakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YB Datuk Seri
Mohd Najib Tun Razak yang turut dihadiri oleh Raja-raja Melayu yang lain.
3. Ini merupakan
pertabalan baginda yang kedua sebagai yang di-Pertuan Agong setelah ditabalkan
untuk kali pertama pada tahun 1970 dan berkhidmat selama lima tahun selaku Yang
di-Pertuan Agong yang kelima. Ini adalah kali pertama, seorang sultan
ditabalkan untuk kali yang kedua dalam sejarah negara Malaysia sejak sistem
ketua negara ini diperkenalkan pada tahun 1957.
4. Uniknya, pertabalan
YDPA ke-14, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, semasa baginda menjadi YDPA
kali pertama pada tahun 1970, Perdana Menteri ketika itu ialah Allahyarham Tun
Razak, bapa kepada YB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (PM Malaysia sekarang).
5. Manakala, pertabalan
YDPA pada hari rabu lalu, baginda menjadi ketua negara kali kedua (2012) di
bawah pemerintahan anak Allahyarham Tun Razak pula, iaitu YB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Ini
merupakan sejarah kali pertama tercipta bagi sistem pemerintah Raja Berperlembagaan di Malaysia.
6. Daulat Tuanku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan