Gambar Hiasan |
Sudah lama Waris TB, tidak menulis dalam ruangan
blog Pabila Anak Kuak Menulis.
Sebulan lamanya. Kekangan masa yang agak padat untuk menyelesaikan beberapa
tugasan penting yang lain menyebabkan penulis jarang menulis entri blog. Memandangkan semalam kita berada di bulan
baru, iaitu 1 April 2012. Jadi, di
sini penulis ingin menceritakan sejarah
hitam yang dialami oleh Umat Islam Sepanyol yang dizalimi dan dibunuh kejam
oleh tentera salib pada zaman kejatuhan Empayar Islam Sepanyol dahulu.
Sejarah hitam itu dikenali sebagai April
Fool atau The April’s Fool Day atau April Mop. Perayaan ini disambut setiap
tahun oleh masyarakat Kristian seluruh dunia. Sebagai Umat Islam, kita dilarang
untuk menyambutnya sama seperti sambutan Hari
Kekasih atau Valentine’s Day (14
Februari). Semoga titipan daripada penulis ini, dapat dihayati dan dijadikan
panduan kepada pembaca terutama kepada mereka yang masih jahil tentang perayaan (April Fool) ini.
Sejarah
April Fool
1. April Fool atau April Mop merupakan sebuah perayaan hari kemenangan
atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera Salib. Pembunuhan
ini dilakukan melalui cara yang licik, iaitu penipuan. Oleh hal yang demikian, mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan
penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya
sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.
2. Kebayakan orang akan
mengatakan bahawa sambutan April Fool
pada 1 April setiap tahun adalah hari di mana kita boleh menipu kawan,
orang-orang tua, saudara-mara, dan sesiapa sahaja di sekeliling. Ada pula syaratnya,
iaitu mangsa gurauan itu tidak boleh marah atau beremosi apabila dirinya ditipu
(April Fool).
3. Meskipun, sambutan April Fool tidak sehebat sambutan Hari Kekasih (Valentine Day), tetapi
dalam tempoh beberapa tahun belakangan ini, sambutan 1 April telah merasuk ke dalam jiwa anak-anak muda Islam. Tambahan
pula, remaja pada zaman sekarang sering terpengaruh dengan kebudayaan Barat.
Kronologi
April Fool
1. Sambutan April Fool bermula daripada suatu
peristiwa besar yang sangat menyedihkan dan memilukan.
2. Perayaan April Fool atau The April’s Fool Day,
bermula daripada satu episod sedih yang menimpa kaum Muslimim di Sepanyol
(Andalusia) pada tahun 1487 M /892 H. Al-Fatihah
untuk mereka.
3. Sejak Sepanyol
dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur membangun sebagai negeri
yang aman. Tentera-tentera Islam bukan sahaja berhenti di Sepanyol, malah turut
membebaskan tanah jajahan di bawah penguasaan Perancis. Perancis Selatan mudah
ditewaskan. Islam telah membebaskan kawasan seperti Kota Carcassone, Nimes, Bordoeaux, Poitou, dan Tours.
4. Kerana sikap para
penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol
telah memeluk Islam dengan penuh ikhlas. Tambahan pula , mereka mempraktikkan
kehidupan secara Islam dalam segala aspek kehidupan seharian. Mereka sentiasa
mengatakan tidak kepada arak, pergaulan bebas, dan semua perkara mungkar.
Keadaan ini berlaku selama hampir 6
abad.
Pihak
Kafir
1. Pihak kuffar yang masih
ada di dalam Sepanyol tanpa kenal lelah dan putus asa berusaha untuk
menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sering menemui kegagalan.
Maka, mereka menghantar sejumlah pengintip untuk memerhati kelemahan Islam di
Sepanyol.
2. Akhirnya, pihak kuffar
ini telah menemui cara untuk menghancurkan Islam, iaitu dengan melemahkan iman
mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Dengan niat jahat, mereka telah
menyeludup masuk arak dan rokok secara percuma ke dalam wilayah
Sepanyol. Hiburan seperti
muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar
lebih suka menyanyi daripada membaca Al-Quran. Mereka juga telah menghantar
beberapa ulama’ palsu untuk
meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan
usaha mereka membuahkan hasil.
Kejatuhan
Empayar Islam Andalusia
1. Akhirnya, Kerajaan
Islam Sepanyol jatuh dan diambil alih oleh tentera salib. Serangan tentera
salib dilakukan dengan kejam tanpa
mengenal perikemanusiaan. Bukan tentera Islam sahaja dibunuh, malah
masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua turut
menjadi mangsa kekejaman tentera salib. Satu demi satu daerah di Sepanyol
ditawan oleh tentera salib.
2. Granada adalah daerah terakhir yang ditakhluk. Penduduk Islam yang
dikenali orang Moor terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan
diri. Tentera salib terus memburu mereka.
3. Apabila jalan-jalan
dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang
bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih
ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi di dalam rumah
masing-masing. Dengan lantang, tentera-tentera salib meneriak mengumumkan
bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan
dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang
keperluan mereka.
4. Orang-orang Islam pada
mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan
untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan.
Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka,
mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan
Sepanyol.
5. Esoknya, ribuan
penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh
barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa
orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan
terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol
berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah
yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke
angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan
orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.
6. Ribuan umat Islam yang
lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera
salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk
keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam
lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai
sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada
perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah
mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.
7. Dengan satu teriakan
arahan daripada pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat
Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah
suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh
dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah
berubah menjadi merah kehitaman.
8. Tragedi ini bertepatan
pada tanggal 1 April.
1
April satu penghinaan kepada umat Islam
1. Tragedi ini bertepatan
pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian
apabila tibanya 1 April sebagai April
Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong
terhadap orang lain.
2. Bagi umat Kristian, April
Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di
Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah
mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan
walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan
semata-mata.
3. Bagi umat Islam, April Fool
merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara
seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol.
Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam
merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang
Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan
ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5
abad yang silam.
Kesimpulan
1. Jadi umat Islam
sekalian apakah kita turut terikut ikut dengan 1 April ini dengan mengenakan
orang lain dan tertawa. Kemudian menyebut dengan bangga dan gembira "APRIL FOOOOL" di sebalik
saudara kita yang tertipu oleh golongan penipu lagi memang tidak ada dalam
kehidupan mereka melainkan PENIPUAN.
Kepercayaan tertipu dan menipu orang seperti Konspirasi Illuminati.
Rujukan
(Dipetik
dan diubah suai daripada http://www.lamankongsi.com/2012/04/mesti-tahu-sejarah-asal-usul-april-fool.html).
(Dipetik
dan diubah suai daripada http://www.sembangkosong.com/2011/03/sejarah-april-fool.html).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan