Semasa dalam perjalanan
pulang ke bumi ilmu Tanjung Malim dari kampung halaman tercinta, Kampong Kuak
Hulu penulis penulis sempat membaca sebuah artikel tentang ‘Kepupusan bahasa etnik di Bangladesh’. Kebetulan pada hari
tersebut (selasa 29 Mei 2012) bas dari Grik ke Ipoh pukul 11 rosak dan penulis
terpaksa menunggu 2 jam lagi di stesen bas tersebut. Sementara menunggu bas
yang masih lama lagi, penulis membaca artikel berkaitan kepupusan bahasa
tersebut. Keseluruhan artikel tersebut menceritakan punca terjadinya kepupusan
bahasa etnik di Bangladesh, negara yang mendapat kemerdekaan dari Pakistan pada
tahun 1971, di mana bahasa menjadi salah satu punca utama daripada peperangan antara kedua-dua negara tersebut.
1. Bahasa utama di
Bangladesh ialah bahasa Bangla. Kerajaan Bangladesh hanya menumpukan bahasa
Bangla dalam sistem pendidikan dan pekerjaan dan mengabaikan bahasa-bahasa
kaum etnik yang lain.
2. Didapati di Bangladeh
terdapat 30 jenis bahasa pertuturan dan 20 daripadanya hampir pupus kerana jarang digunakan dalam interaksi seharian.
3. Ditambah pula 95%
jumlah rakyat Bangladesh menggunakan bahasa Bangla. Hal ini demikian kerana,
bahasa Bangla merupakan PASPORT tunggal ke arah pendidikan dan memperoleh
kerjaya yang bagus.
Bahasa
etnik Bagladesh :
1. Salah satu bahasa etnik
Bangladesh ialah bahasa Laleng.
Bahasa ini digunakan oleh 2,000 orang daripada suku kaum Patra yang menetap di bahagian timur laut Bangladesh.
Kelemahan bahasa kaum Patra ini adalah bahasa mereka tidak mempunyai sebarang bahan bertulis atau skrip untuk dijadikan
rujukan. Mereka hanya bergantung kepada cerita-cerita lisan, kisah dongeng
rakyat, puisi dan lagu-lagu rakyat. Tambahan pula, cerita-cerita lisan, kisah dongeng
rakyat, puisi dan lagu-lagu rakyat tidak ditulis menyebabkan generasi muda
sekarang lupa kepada budaya dan bahasa ibunda.
2. Pensyarah Linguistik
Universiti Dhaka, Prof. Shourav Sikder dalam bukunya, Indigenous of Bangladesh, telah menyenaraikan bahasa-bahasa kaum
etnik Bangladesh, iaitu bahasa Mahali,
Malto, Razaor, dan Rajbangshi
yang kini tidak lagi digunakan oleh kaum-kaum etnik di Bangladesh.
3. Menurut beliau, hanya
bahasa daripada dua suku kaum masih digunakan kerana mempunyai bahan cetakan
bertulis. Salah satu punca menyebabkan kepupusan bahasa dalam kalangan
puak-puak tertentu berpunca daripada mereka tidak menyayangi bahasa ibunda mereka sendiri.
4. Kepupusan bahasa kaum etnik
di Bangladesh telah memberi kesan
kepada kepelbagaian budaya dalam kehidupan hingga menyebabkan sikap toleransi
semakin pudar dalam diri mereka. Kata salah seorang kaum etnik di Bangladesh,
Patra “Bahasa ibunda saya yang indah telah hampir mati.” Golongan muda tidak
mempedulikan bahasa ibunda mereka. Bagi mereka pekerjaan dan pendidikan adalah
segala-galanya.
~ Mutiara Kata ~
1. Tiada akan besar bangsa yang tiada kasihkan bahasanya, tiada kebenaran
pada manusia yang tidak dapat melihat kenyataan.
(Muhammad Salleh)
2. Jika orang Melayu hendak menjadi bangsa yang besar, orang Melayu mesti
mempelajari dan memelihara secermat-cermatnya bahasa Melayu, di samping
menerima serta menambah pengetahuan baharu.”
(Munsyi Abdullah)
Rujukan
Akhbar KOSMO, Selasa 29 Mei 2012.