Gambar Hiasan |
1.
Sekumpulan kecil bekas askar telah
berdemonstrasi kerana memprotes terhadap Ambiga
dan rakan-rakannya dalam perhimpunan BERSIH 3.0 kerana mengikut pandangan
mereka, perhimpunan yang dilancarkan pada 28 April 2012 itu telah mengaibkan imej negara di mata
dunia. Jadi askar ini merasakan menggoyang punggung mereka yang kedut itu adalah satu cara untuk memperbaiki imej negara yang tercalar
itu. Kesan daripada penggoyangan buntut ini menjadi satu tanda tanya yang timbul
sama ada demonstrasi buntut ini sesuai dengan "budaya timur" kita atau lebih sejajar dengan prinsip Islam? Persoalan ini menjadi
lebih teruk apabila pucuk pimpinan
dan pemimpin agama (ulamak atau mufti) nampaknya
berdiam diri saja dalam perkara
ini. Perbuatan ini telah menyebabkan ruang
peribadi Ambiga telah dicabuli oleh
pihak berkenaan.
2.
Adakah perbuatan menghantar kek bercorak tahi
atau menghantar keranda simbol
kepada seorang pemimpin negeri semata-mata kerana kelompok berkenaan memprotes
terhadap apa yang dianggap sebagai ketidakadilan? Tidakkah lebih bermanfaat dan bertamadun jika
protes itu dibuat dalam bentuk seperti petisyen
atau demonstrasi aman di depan jabatan pemimpin itu atau berdiskusi dan
berdebat antara pihak yang bercanggah?.
3.
Adakah perbuatan segelintir manusia yang menyiarkan video lucah secara terang-terangan semata-mata untuk tujuan dan
kepentingan politik mereka? Adakah perbuatan "penayang porno" Ini
lebih bermoral tinggi jika dibandingkan dengan pasangan yang ada dalam video
lucah itu? Adakah ini satu nilai yang
perlu dibanggakan oleh generasi muda dan
kanak-kanak?
4.
Adakah perbuatan media arus perdana menabur
fitnah terhadap pemimpin politik tertentu, lebih-lebih lagi jika pemimpin
itu tidak diberi ruang dan peluang
untuk menjawab fitnah itu atau membela dirinya?
Tidakkah etika profesion
dalam dunia kewartawanan mengharuskan hak menjawab bagi pihak yang merasakan
dirinya dicemuh atau dikritik?
5.
Adakah Perbuatan memberi burger
kepada Ambiga ketika umum tahu bahawa daging
lembu adalah "haram" bagi
seorang penganut Hindu? Tidakkah ini mirip perbuatan memberi daging khinzir kepada seorang Muslim?
6.
Adakah perbuatan membaling benda
yang merbahaya seperti batu ke dalam satu kawasan ceramah politik atau
mengasari orang yang menghadiri ceramah hingga menyebabkan kecederaan satu
tindakan yang berhemah tinggi warga timur?
Tidakkah lebih bertamadun jika perbezaan pendapat itu diadakan dalam
bentuk debat dan ceramah secara aman?
7.
Perbuatan seorang menteri besar pada suatu ketika dahulu yang menunjukkan isyarat tangan lucah semata-mata kerana
dia tidak setuju dengan pendirian pihak lawannya? Adakah ini satu tabiat yang mencerminkan "kehalusan" budaya timur?
Renungan kita bersama
1.
Tidak berapa lama dahulu, apabila suatu perhimpunan diadakan di Kuala Lumpur,
ada pihak yang merungut bahawa demonstrasi jalanan adalah "budaya barat". Hal
ini demikian kerana, kata mereka yang tidak bersetuju dengan perhimpunan itu,
demonstrasi lazimnya ada elemen kekasaran yang tidak secucuk dengan "budaya timur" kita yang kononnya
halus sifatnya itu.
2.
Sekurang-kurangnya amalan berdebat dan berbincang boleh menaikkan taraf keintelektualan dalam arena
politik khususnya dan masyarakat amnya.
3.
Insiden yang dialami oleh masyarakat Malaysia masa kini dan lalu menunjukkan
wujudnya faktor kuasa yang bermain
dalam kancah politik dan budaya. Dengan kata lain, budaya lazimnya ditakrif
oleh mereka yang mempunyai kedudukan
kuasa (politik) dalam masyarakat yang akhirnya menentukan apa yang
"positif" dan apa yang "sebaliknya" dalam "budaya
timur" kita ini.
4.
Penakrifan sesuatu amalan dan ciri budaya sepatutnya berlandaskan nilai dan prinsip yang universal dan
bukannya dalam ruang lingkup sempit
yang hanya melayani kehendak dan kepentingan politik golongan berkenaan. Keadilan sudah tentunya salah satu nilai yang
perlu disanjungi.
5.
Apakah perlu kita berasa terkejut apabila, contohnya, tarian poco-poco diharamkan dengan begitu pantas, manakala pemimpin agama berpeluk tubuh apabila
berhadapan dengan gejala rasuah yang
merasuk masyarakat kita masa kini? Atau,
apabila mereka berdiam diri terhadap dakwaan BERSIH 3.0 bahawa wujudnya ketidak telusan dalam proses pilihanraya?.
(Dipetik dan diubah suai daripada Dr
Mustafa K Anuar, Buntut timur,
demonstrasi barat?, 28 Mei, 2012 : Merdekareview.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan