Hijau adalah warna
yang paling sesuai untuk semua kerana ia melambangkan kemesraan manusia dan
alam sedangkan alam adalah lambang jiwa besar yang mampu menampung apa sahaja
yang di dalamnya. Apabila melihat lambang hijau ia memaparkan satu lambang
tanggungjawab untuk memastikan alam ini terus menjadi tempat untuk didiami oleh
semua. Ingat hijau kita akan ingat
impian kedamaian, keseimbangan dan ketenangan, ia adalah impian yang dikongsi
oleh semua orang di alam ini (Mujahid Yusof Rawa, Fenomena
Hijau: Fitnah "anti-Islam" disanggah dengan lautan manusia.Merdekareview,Jun
4, 2012).
Istilah sains, hijau ialah warna yang
biasa nampak dalam alam semula jadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan
tumbuh-tumbuhan berwarna hijau, terutamanya kerana tumbuh-tumbuhan mempunyai
klorofil, sejenis sebatian yang terlibat dalam proses fotosintesis.
Cahaya hijau mempunyai panjang
gelombang di sekitar 520–570 nanometer, dan dianggap sebagai salah satu
daripada warna primer tambahan. Hijau ialah warna pelengkap untuk warna
magenta; lebih tepat, warna hijau dengan kod perenambelasan #FF00FF.
Orang-orang yang buta warna seringnya dapat membezakan kedua-dua warna ini,
tetapi keliru antara warna-warna ini dengan warna-warna yang lain; umpamanya,
hijau terang dengan kuning, dan hijau tua dengan coklat.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
halaman 534, hijau ialah warna
seperti warna daun atau rumput (banyak peringkatnya). Dalam bahasa Melayu, perkataan
hijau boleh dikembangkan menjadi menghijau,
menghijaukan, kehijauan, dan kehijau-hijauan dan setiap perkataan tersebut
mempunyai maksud berbeza-beza pula.
Hijau
yang tercatat di dalam Al-Quran
Berikut dipetik maksud beberapa ayat
al-Quran yang telah meletakkan warna hijau pada satu tempat yang mulia dan
dipandang indah oleh Allah S.W.T.:
1.”Mereka itu
disediakan baginya Syugra yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai;
mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai
pakaian HIJAU dari sutera yang nipis
dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehar di dalamnya dengan berbaring di
atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang
sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya.”
2.“Penduduk
Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas
(bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU
warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
(Surah Ar-Rahman: Ayat 76)
3.“Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus
dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang
tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman
( yang lain) yang bersih suci.”
(Surah Al-Insan: Ayat 21)
Kubah Masjid Nabawi sendiri
berwarna hijau. Nabi s.a.w. juga
menggemari warna hijau. Simbol-simbol
keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna hijau. Jelaslah bahawa warna
HIJAU adalah warna Syurga, warna
yang disukai oleh Allah yang
mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru
itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan
menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya, memandang indah apa yang
dipandang indah oleh Allah dan Rasul-Nya serta bercita-cita pula untuk memakai
pakaian berwarna HIJAU di Syurga
kelak.
Kegunaan
warna Hijau
1. Warna hijau melambangkan pergi untuk isyarat lampu, isyarat
kereta api, dan isyarat kapal.
2. Pada Zaman Pertengahan, hijau
melambangkan makhluk jahat atau hantu (termasuk naga Eropah, dan
kekadang cinta).
3. Disebabkan sifat penyamaran, warna hijau biasa dipergunakan untuk pakaian
seragam lapangan bagi perkhidmatan tentera. Warna ini juga digunakan sebagai
pakaian seragam untuk banyak angkatan tentera darat dan laut.
4. Warna hijau juga dianggap sebagai warna tradisi untuk agama Islam,
disebabkan perkaitannya dengan alam semula jadi. Nabi Muhammad disebut dengan
pasti dalam hadis sebagai berkata bahawa "air, tumbuhan-tumbuhan hijau,
dan wajah yang jelita" merupakan tiga benda sejagat yang baik. Selain itu,
dalam sura Al-Insan di dalam al-Quran, pengikut-pengikut Allah di Jannah
dikatakan memakai sutera hijau yang bagus sekali.
*Untuk mengetahui lebih banyak kegunaan
warna hijau saudara/i boleh merujuk laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Hijau.
Ungkapan
bahasa basahan Inggeris tentang warna Hijau
1.Berasa
iri hati, salah satu daripada Tujuh Dosa Berat, yang juga dipanggil sebagai
"green-eyed monster"
membawa maksud "raksasa mata
hijau" (ungkapan itu dicipta oleh Shakespeare
dalam karyanya Othello). Seorang yang
berasa iri hati dikatakan "green
with envy" yang membawa maksud harfiah, "hijau dengan iri hati".
2.Sebagai tradisi, seseorang yang bertangan dingin dikatakan mempunyai "green thumb", (ibu jari
hijau) atau "green fingers"
(jari-jari hijau).
3.Seorang yang tidak berpengalaman kekadang digelarkan "green" (hijau), mungkin disebabkan buah-buahan yang
mentah berwarna hijau. Perkataan "greenhorn"
(tanduk hijau) juga merujuk kepada seseorang yang tidak berpengalaman.
4. Makhluk
luar angkasa kekadang dirujuk sebagai "little green men" (lelaki-lelaki hijau yang kecil).
5. Orang yang berasa tidak sihat kekadang dirujuk sebagai
"green around the gills" (hijau disekeliling insang).
6. "Green" (hijau) ialah istilah slanga untuk marijuana,
disebabkan warna bahan tumbuhan itu.
7."Being
Green" ("adalah hijau") ialah jargon (sekurang-kurangnya untuk restoran) yang bermaksud seorang
yang baru. "Being very green"
(adalah amat hijau) merujuk kepada seseorang yang tenggelam dan mudah
ditinggalkan.
Bagaimana
persepsi masyarakat Malaysia tentang warna Hijau?
1.Jika di Malaysia, warna hijau sering
dikaitkan dengan sebuah parti politik kedua terbesar orang Melayu, iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang
ditubuhkan pada 23 Ogos 1951.Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa
PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan
Melayu 25 November 1951). Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza,
namun bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24
November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan. PAS cuba mengimbangi
perjuangan nasionalisme UMNO/PEKEMBAR sebagai sebuah parti yang mendokong
Islam.
2. Hijau juga boleh dirujuk kepada perhimpunan
hijau 2.0 atau Stop Lynas, di Kuatan
yang diadakan pada Ahad, 26 Februari 2012 lalu yang membantah pembinaan loji nucklear
di Gabang, Pahang. Atas kesedaran yang tinggi loji nadir bumi itu boleh
menyebabkan bencana besar kepada rakyat di Kuantan khususnya,jika berlaku
kebocoran. Lynas menjadi satu isu
besar di dalam negara, kerana mendapat bantahan ramai dalam kalangan rakyat
Malaysia.
3.Hijau juga dikaitkan dengan sebuah lagu bertajuk ‘hijau’ yang dinyayikan oleh Zainal
Abidin yang mengisahkan tentang pencemaran alam sekitar akibat daripada
tangan-tangan manusia. Untuk maklumat lebih lanjut tentang lagu tersebut saudara/ri
boleh melayari Youtube.
Kesimpulan
Kita perlu ingat hijau juga adalah lambang kemarahan satu watak kartun
marvel yang dipanggil "orang
hijau" beliau adalah Hulk
yang bertukar menjadi hijau apabila dia marah. Kata-katanya yang menjadi
tagline ialah "anda tidak akan suka
saya jikalau saya marah".
Di
Alor Setar pada 1 Jun yang lalu Hijau menjadi tema di mana-mana namun ia bukanlah pertemuan menyelamatkan alam
ini dari dicemari dan dirosakkan, ia adalah pertemuan yang tidak kurang
pentingnya dari menyelamatkan alam, ia adalah pertemuan menyelamatkan negara
dari pencemaran warna Biru Pekat
yang kini berasa tidak selamat lagi untuk meneruskan usaha pembiruan mereka ke
atas sesetengah bahagian negara ini yang telahpun bertukar menjadi Hijau ( Mujahid
Yusof Rawa, Fenomena Hijau: Fitnah
"anti-Islam" disanggah dengan lautan manusia. Merdekareview,Jun
4, 2012).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan