Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
1. Senyum
itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu tanda kelalaian. Selalu dilakukan, hati
akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan
dilakukan, jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat
dan sabar di dalam ujian
amat mudah diucapkan, tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan
kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan
dan kelalaian. Kesusahan
dan penderitaan pula selalunya membawa kekecewaan dan putus asa,
kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang yang sombong
itu ialah cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka
bermujadalah, iaitu bertegang leher, kelihatan
di wajahnya rasa tidak senang jika ada orang lain yang lebih darinya di satu
majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal
di atas kesalahan.
6 . Orang yang sudah
hilang sifat marah : Dayus, cepat melahirkan sifat marah, lemah mujahadah. Orang yang ada
sifat marah, tetapi dapat disembunyikan, kecuali di tempat-tempat yang
munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita, hamba itu
adalah ilmu, merasa diri kita
itu,
hamba itu penghayatan. Kedua
sifat inilah akan melahirkan sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan
lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa,
kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi
untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan
kita sesama manusia kerana itu adalah haknya, tapi jangan
putus hati kita dengan Allah, kerana ini adalah
hak-Nya pula.
10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan
kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan
peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.
"Renung-renungkan, Selamat beramal,
Tepuk dada, Bukan tanya selera,TAPI Tanya Iman"
|
Gambar Hiasan |