Selasa, 7 Disember 2010

1 MUHARRAM 1432 H


Penulis ingin mengucapkan selamat tahun baharu Islam, iaitu 1 Muharram 1432 Hijrah kepada semua umat Islam di seluruh dunia.Semoga kita dapat menghayati peristiwa penting yang berlaku pada 1 Muharram, iaitu penghijrahan junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. dan peduduk Mekah ke Madinah.Sesungguhnya, pengorbanan baginda dan umat Islam amat besar bagi umat yang ada pada zaman sekarang.Mereka sanggup meninggalkan segala kemewahan dunia untuk mengikut Rasulullah berhijrah ke Madinah.Semoga pada tahun Islam yang baharu ini 1432 H, kita mempunyai azam yang baharu untuk diselesaikan.Kepada mereka yang masih belum memenuhi azam yang dibuat pada tahun Islam yang lepas 1431 H bolehlah meneruskan azam tersebut pada tahun Islam yang baharu ini.Selain itu, pada tahun Islam yang baharu ini juga kita boleh melakukan penghijrahan hawa nafsu, iaitu daripada perbuatan negatif kepada perbuatan positif dan perkara ini merupakan jihad yang paling besar perlu kita lakukan.
        Di samping itu, kita sebagai umat Islam perlulah memantapkan iman dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T dan mengeratkan ukhwah sesama kita.Penulis berharap sambutan tahun baharu Maal Hijrah 1432 ini perlu diberi perhatian yang meluas oleh pihak kerajaan dan juga media di negara ini.Hal ini demikian kerana, acap kali kita menyambut Maal Hijrah saban tahun, sambutannya kurang memuaskan daripada umat Islam di negarai ini, terutamanya generasi muda.Langkah yang drastik perlu dilakukan untuk menyedarkan generasi ini daripada terus melupai sambutan Maal Hijrah ini.Kebayakan daripada kita amat ghairah dan bergembira menyambut tahun baharu Masehi yang merupakan tahun baharu bagi masyarakat Kristian.Sambutan yang diberi untuk menyambut tahun Masehi ini cukup meriah dengan pertunujukan bunga api, hiburan, dan tayangan-tayangan drama dan filem di kaca TV.Di sinilah,  kaum muda negara berpesta dengan lelaki dan perempuan bergaul bebas tanpa sebarang ikatan.Pelbagai parti dianjurkan untuk menyambut malam tahun baharu Masehi seperti pesta seks, minum arak, dan merempit.
          Kesimpulannya, Allah S.W.T mengurniakan akal fikiran kepada kita untuk kita berfikir perkara yang kita boleh buat dan perkara yang kita tidak boleh buat.Sama-samalah kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan.Penulis berharap sambutan tahun baru Maal Hijrah pada masa akan datang disambut dengan lebih meriah.Penulis tidak menyalahkan masyarakat untuk menyambut tahun baharu Masehi.Tahun Masehi boleh disambut oleh masyarakat, tetapi biarlah dengan cara yang disuruh oleh agama Islam, iaitu "amal makhruf dan nahi mungkar".Semoga berjumpa lagi pada 1Muharram 1433H pada tahun hadapan, Insyallah.

Sekian, salam Maal Hijrah 1 Muharram 1432 H / 7.Dis.2010,
daripada pena Waris TB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan