Rabu, 8 Disember 2010

PIALA SUZUKI AFF 2010

Bendera Malaysia berkibar megah di Stadium Palembang, Indonesia yang menyaksikan pasukan negara layak ke separuh akhir Piala Suzuki AFF selepas menewaskan cabaran Laos pada perlawanan ketiga kumpulan A dengan 5-1.Kemenangan selesa ke atas Laos merupakan kemenangan pertama bagi pasukan negara selepas tewas besar 5-1 kepada Indonesia pada perlawanan pertama dan seri 0-0 menentang Thailand pada perlawanan kedua.Tamat separuh masa pertama pasukan negara mendahului Laos dengan jaringan 2-1.Bersambung babak kedua separuh masa kedua pasukan negara menambah lagi 3 gol, iaitu melalui Amirul Hadi Zainal dan Norshahrul Idlan dan satu gol sendiri oleh pertahanan Laos.Kelima-lima gol itu kekal hingga wisel penamat dibunyikan.Separuh masa kedua perlawanan memaksa kedua-dua pasukan bermain dalam keadaan hujan lebat dengan tiupan angin.Namun, keadaan ini tidak melemahkan anak-anak buah K. Rajagopal untuk mencari gol bagi membawa pasukan negara ke separuh akhir.
     Pada perlawanan ketiga menentang Laos ini, pasukan negara memerlukan kemenangan untuk membolehkan skuad negara laya ke separuh akhir.Mereka mengharapkan pasukan Thailand akan kalah atau seri dengan Indonesia bagi membolehkan mereka layak secara automatik ke separuh akhir.Oleh itu, Malaysia mengharapkan bantuan Indonesia bagi membantu skuad negara untuk menewaskan atau mengikat Thailand.Percaturan ini berjaya dengan pasukan tuan rumah, iaitu Indonesia berjaya menewaskan Thailand dengan keputusan 2-1, walaupun pasukan tuan rumah ketinggalan 0-1 awal babak kedua separuh masa kedua.Keputusan ini amat menggembirakan skuad negara dan rakyat Malaysia.Skuad negara bukan sahaja menang selesa, malah mereka menempah satu tiket di peringkat separuh akhir.Kemenangan ke atas Laos membolehkan Malaysia menjadi naib juara kumpulan A dengan lima mata, kurang empat mata di belakang juara kumpulan Indonesia, Thailand ketiga dengan dua mata dan Laos keempat dengan satu mata.Di peringkat separuh akhir, skuad negara bakal menentang sama ada Singapura atau Vietnam selaku juara atau naib juara kumpulan B.
       Penulis berharap skuad negara akan menunjukkan persembahan yang lebih mantap daripada perlawanan dengan Laos pada malam ini untuk melayakkan mereka ke perlawanan akhir.Penulis berharap bendera Malaysia terus berkibar megah di bumi Indonesia dan lagu negara akan berkumandang di pentas final Piala Suzuki AFF bagi tahun 2010.Insyallah, rakyat Malaysia akan mendoakan kejayaan skuad negara pada perlawanan separuh akhir nanti.Apapun slogan "MALAYSIA BOLEH" yang dilaungkan oleh penyokong-penyokong skuad negara menjadi azimat dan semangat kepada anak-anak buah K. Rajagopal acap kali turun  ke padang.Apa-apa pun, penulis mengucapkan tahniah sekali lagi kepada skuad negara yang berjaya layak ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2010.

MALAYSIA BOLEH!!!
Sekian daripada pena waris TB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan