Selasa, 7 Disember 2010

KEHIDUPAN

                                                                              
BASIKAL,hahhahaha.Inilah kenderaan utama yang membawa penulis pergi ke sekolah.Basikal ini telah berkhidmat  selama 4 tahun, bermula penulis berada di tingkatan 3 hinggalah tingkatan enam atas, tetapi semasa di enam atas penulis sekali-sekala mengayuhnya kerana basikal ini digunakan oleh adik.Sebenarnya, basikal ini menjadi warisan daripada penulis.Hal ini demikian kerana, sebelum penulis, basikal ini telah dikayuh oleh abang penulis, iaitu empunya basikal ini.Kemudian baharulah diserah kepada penulis dan seterusnya kepada adik penulis.Jika dicampur semua, usia basikal ini ialah lebih kurang 8 tahun.Usia lapan tahun merupakan usia yang agak lama oleh penulis, kerana bagi manusia umur lapan tahun mereka berada di darjah dua sekolah rendah.Menurut sejarah, basikal ini bukanlah mudah dibeli seperti zaman sekarang.Dahulu, keluarga penulis tidaklah semewah dan berada untuk membeli sesuatu yang mewah dan mahal harganya.Lagi pula, pada waktu itu, ibu bapa penulis hanyalah bekerja sendiri, iaitu sebagai penoreh getah yang tetap.Kebetulan harga getah pada waktu itu sangat murah.Harga getah yang murah ini menyukarkan keluarga penulis untuk menampung nafkah hidup.Wang yang diperoleh hanya untuk makanan sehari-hari, bil air dan eletrik, dan kelengkapan persekolahan penulis.Pada masa itu, harga sebuah basikal agak mahal berbanding sekarang, kebetulan pada waktu itu, ramai rakan-rakan penulis menggunakan basikal untuk ke sekolah.Hal ini berbeza dengan pelajar sekarang yang membawa motosikal ke sekolah, malah terdapat juga pelajar yang membawa motokar.
        Namun begitu, harapan penulis untuk membeli sebuah basikal tercapai juga akhirnya.Hasi duit daripada jualan buah-buahan pada musim buah yang disimpan membolehkan abang penulis membeli sebuah basikal.Hasil usahanya selama ini membuahkan hasil.Syukur kepada Allah S.W.T. dengan limpah kuniaan rezeki-Nya kepada keluarga penulis.Sebelum membeli basikal yang baharu dengan wang sendiri, keluarga penulis menggunakan basikal yang diberikan oleh jiran.Basikal yang diberi ini bukanlah basikal baharu, tetapi basikal yang lama yang tidak dipakai lagi oleh mereka.Basikal ini masih elok dan terdapat hanya sedikit kerosakan yang perlu dibaiki.Sekarang, basikal ini tidak lagi digunakan oleh keluarga penulis dan ianya masih ada di rumah.Hal ini demikian kerana, perubahan cita rasa keluarga penulis terhadap teknnologi yang lebih menjimatkan masa dan kos, iaitu sebuah kenderaan bernama motosikal.Pada zaman sekarang masyarakat telah mempunyai wang yang banyak dan mampu membeli apa-apa sahaja yang diperlukan mereka,
        Namun, bagi penulis kenderaan basikal cukup bernilai dan banyak memberi jasa besar kepada penulis.Daripadanya, penulis belajar banyak perkara dalam kehidupan.Pengalaman penulis mengayuh basikal selama 4 tahun pernah dikejar anjing, rantai basikal putus, tayar pancit, terkena hujan, dan terjatuh basikal dan banyak lagi.hahahaaa..pengalaman-pengalaman itu memberi banyak kenangan kepada penulis jika melihat basikal dan penulis tidak segan silu berkongsi pengalaman tersebut bersama dengan rakan-rakan.Mungkin dengan hikmah melalui pengalaman tersebut telah membawa penulis melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.Pelbagai dugaan yang dilalui oleh penulis untuk menuntut ilmu bersama dengan sebuah basikal sebagai kenderaan di mana sahaja.
          Tuntasnya, kehadiran kenderaan seperti motosikal dan motokar telah melenyapkan penggunaan basikal.Penulis melihat situasi di kampung penulis sendiri, penggunaan motosikal dan motokar begitu banyak sekali.Hampir sebuah rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah motosikal atau motokar.Basikal hanya dikayuh oleh anak-anak kecil dan golongan dewasa yang tidak pandai membonceng motosikal.Ini memberi petanda bahawa  rakyat Malaysia cepat membangun dan mudah menerima teknologi terbaru.Berbanding di Jepun dan Vietnam walaupun, mereka telah maju, rakyat mereka masih lagi menggunakan basikal sebagai kenderaan rasmi untuk pergi bekerja.Keupayaan manusia untuk memperolehi keperluannya dapat diukur daripada kemampuan dan usaha mereka.Jika mereka berusaha, mereka akan mendapatkan apa-apa yang dikehendaki.Mereka yang malas berusaha, tiadalah memperolehi keperluannya.SEKIAN..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan