Khamis, 9 Disember 2010

K.E.B.E.B.A.S.A.N


Semua orang memerlukan kebebasan.
Semua orang tidak mahu dikongkong.
Semua orang tidak mahu disuruh sesuka hati.
 Semua orang tidak suka dikawal.
Semua orang tidak mahu tingkah laku mereka diperhatikan.

 Semua orang mahukan keadilan.
Semua orang mahu mentadbir negara mereka sendiri.
Semua orang tidak mahu jadi kuli dan hamba abdi.
Semua orang mahu ada undang-undang sendiri.
Semua orang mahukan bahasa sendiri.

 Semua orang mahu bebas bersuara.
Semua orang mahu menyampaikan kehendak mereka.
Semua orang mahu mengumpul harta.
Semua orang mahu hidup mewah.
Semua orang tidak mahu jadi seperti katak di bawah tempurung.


 Semua orang mahu belajar.
Semua orang mahu menjadi pandai dan bijak.
Semua orang tidak mahu jadi bodoh dan dungu.
Semua orang mahu mencongak masa hadapan.
Semua orang mahu hidup bahagia dan senang-lenang.

 Semua orang ada cita-cita.
Semua orang ada Impian.
Semua orang ada azam.
Semua orang ada apa yang mereka fikirkan.


  Semua orang ada kebebasan.
Kebebasan bermula segala-segalanya.
Kebebasan seseorang individu berbeza dengan individu lain.
Apakah kebebasan yang sebenarnya?
Bebaskah kita selepas MERDEKA selama 53 tahun?
Bebaskah seekor burung selepas keluar daripada penjara manusia?


Bebaskah kita berjalan ke sana ke sini?
Bebaskah burung-burung berterbangan  di udara?
Bebaskah fikiran kita?
Bebaskah akal kita?
Sama-samalah kita fikir tentang KEBEBASAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan