Gambar Hiasan |
Lagu : Wajah Suci
Kumpulan : Mestica
Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina..
Hanya lirik lagu dan foto dapat menceritakan apa yang penulis hendak sampaikan tentang 'pembuangan bayi ' yang berleluasa di negara ini, MALAYSIA tanah airku tercinta. Penulis tengok sudah banyak media-media di negara ini sama ada media massa atau elektronik kerap memutarkan isu ini, tapi tidak membantu menangani atau mengurangkan jumlah pembuangan bayi ini, malah memberi galakkan untuk menyuburkan budaya yang dilarang di dalam ajaran Islam ini dan bedosa besar hukumnya, dan neraka tempat terbaik bagi insan yang melakukannya.
Lagi pula, isu yang dianggap berat di dalam hukum hakam agama Islam ini tidak begitu dihiraukan oleh pemerintah, malah dalam masyarakat itu sendiri. Isu sebegini dipandang rendah oleh sesetengah pihak. Isu-isu yang berkaitan dengan kuasa, materialistik dan mengumpul harta selagi mana boleh, lebih diutamakan daripada menangani isu ini. Fitnah-mengfitnah sudah menjadi amalan atau ritual dalam masyarakat moden pada hari ini dan pintu keadilan sudah tiada bagi manusia untuk membela dan mempertahankan diri.
Bagaimana keadilan kepada bayi yang suci ini dilahirkan tanpa hubungan yang sah antara lelaki dengan perempuan ini?. Adakah ada keadilan untuknya apabila dewasa kelak? Penulis berasa bayi yang tidak berdosa ini akan menjadi mangsa kepada kerakusan manusia yang zalim dan menjadi mangsa fitnah oleh masyarakat sekeliling akibat daripada dosa besar (zina) yang dilakukan oleh ibu bapanya dahulu. Wallahua'lam.
(Penulisan ini daripada idea dan pendapat diri penulis sendiri dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak tertentu ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan